View: 1517|Reply: 11
|
[Tempatan]
Cerita dari Sabah: Underneath pokok mangga ku gantung diri
[Copy link]
|
|
MAYAT seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung pada dahan pokok mangga dalam kejadian di Tenom, hari ini.
Lelaki berusia 50-an itu ditemui seorang penduduk kampung kira-kira jam 6.30 pagi ketika lalu di kawasan terbabit.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tenom, Asisten Superintendan Ahmad Razali Shaari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.05 pagi.
“Orang awam memaklumkan ada seorang lelaki dipercayai mati akibat menggantung diri pada sebatang pokok mangga di kampung itu.
“Siasatan awal mendapati, saksi seorang lelaki berusia 40-an dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah ternampak lelaki itu tergantung pada dahan pokok mangga," katanya ketika dihubungi NSTP.
Ahmad Razali berkata, saksi melihat lelaki itu sudah tidak bernyawa lagi sebelum memaklumkan pada jiran terdekat untuk menghubungi polis.
‘Hasil siasatan di tempat kejadian, lelaki itu dipercayai membunuh diri dengan cara mengikat tali nilon pada dahan pokok itu dengan menggunakan kerusi. Tali itu diikat pada lehernya.
“Lelaki itu dipercayai merebahkan kerusi itu menyebabkan lehernya terjerut dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang dokumen namun dipercayai warga asing.
“Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tenom untuk dibedah siasat dan siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah.
“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan masih diteruskan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Oktober 2018 @ 8:46 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alaaa elok je lepas hantar anak sekolah pastu gantung diri..ohh kenapakah bapak oiiii..tekanan apa ni? ke ada org bunuh pastu create mcm bunuh diri hurmmm..takziah kepada keluarga mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
meklalala replied at 16-10-2018 09:08 AM
alaaa elok je lepas hantar anak sekolah pastu gantung diri..ohh kenapakah bapak oiiii..tekanan apa n ...
Errrr.......bukan ke bapak yg lps anto anak ke sekolah tu yg jumpa mayat gantung diri kat pokok.....bukan dia yg gantung diri?? |
|
|
|
|
|
|
|
eh eh ampunkan mek, mek tersalah baca laa...hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
ko ni melalut ke apa? ni mesti baca sekerat sekerat ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
takk tak..merepek ni sebab belum breakfast lagi kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa punca dia bunuh diri?
Ada keluarga yang ditinggalkan? |
|
|
|
|
|
|
|
ish3 jadila pokok mangga berhantu |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada waris mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Amigurumi at 16-10-2018 10:16 AM
meklalala: alaaa elok je lepas hantar anak sekolah pastu gantung diri..ohh kenapakah bapak oiiii..tekanan apa ni? ke ada org bunuh pastu create mcm bunuh diri hu ...
Nak kena cepuk ke..merepek pagi2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
harus semua budak takut nak lalu kawasan tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|