CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jenazah Nazrin Dikebumikan Semula Pagi Ini

15-10-2018 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3104| Komen: 11

Description: Jenazah Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan dikebumikan semula kira-kira jam 11 pagi hari ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, lapor Harian Metro.
Jenazah Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan dikebumikan semula kira-kira jam 11 pagi hari ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, lapor Harian Metro.



Kredit foto: NSTP

Menurut laporan media, proses pengebumian itu membabitkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Turut dijangka hadir ialah pegawai Institut Perubatan Forensik Negara, doktor dan pegawai perubatan PPUM serta peguam pemerhati dan ahli keluarga Allahyarham.

Jenazah Nazrin digali semula pada 8 Oktober lalu bagi melakukan bedah siasat kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atas permintaan adiknya, Dr Malek Hassan.



Kredit foto: NST

Pada 14 Jun lalu, Nazrin dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Kota Damansara akibat letupan telefon bimbit yang dicaj dalam bilik tidurnya.

Bagaimanapun, polis mengklasifikasikan kematiannya sebagai kes bunuh selepas bomba menemui kesan petrol di bilik tidur Nazrin. - CARI
16

Bagus
23

Marah
16

Terkejut
27

Sedih
15

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Foxey 15-10-2018 12:00 PM
semoga rohnya tenang di sana.
Quote mawarika 15-10-2018 12:22 PM
Semoga penjenayah takkan terlepas ini kali.
Quote meklalala 15-10-2018 12:25 PM
semoga ditempatkan dalam hambaNya yang beriman..kesian arwah, apa lah dosa dia sampai kubur  kena gali semula..semoga pelaku dapat hukuman yang setimpal..
Quote sharlenetexas 15-10-2018 12:27 PM
#justicefornazrin
Quote minahsenget 15-10-2018 12:30 PM
Mari kita lihat drama apa lps ni
Quote kikuri 15-10-2018 12:35 PM
kesian pulak dengan arwah... semoga rohnya dicucuri rahmat...
Quote seri_mawr 15-10-2018 12:50 PM
adakah kerana duit..??

manusia jadi hilang pertimbangan.....

semoga rohnya tenang di sana...
Quote chinta89 15-10-2018 03:05 PM
apalah salah dia.. susah jugak jd kaya ni. (read : motif mcm duit??)
Quote idakamaruddin 15-10-2018 03:12 PM
so apa result post moterm kali ke2?
Quote bomohsiam 15-10-2018 03:20 PM
idakamaruddin replied at 15-10-2018 03:12 PM
so apa result post moterm kali ke2?

Pendakwaraya takkan reveal. Kan nak masuk court buat pendakwaan. Tunggu berita masa proses mahkamah la jawapnya
Quote DeeHanania 16-10-2018 04:45 PM
Semoga roh Allahyarham tenang di sana...
#justicefornazrin

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.051308 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top