View: 2209|Reply: 11
|
Jenazah Nazrin Dikebumikan Semula Pagi Ini
[Copy link]
|
|
Jenazah Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan dikebumikan semula kira-kira jam 11 pagi hari ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, lapor Harian Metro.
Kredit foto: NSTP
Menurut laporan media, proses pengebumian itu membabitkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Turut dijangka hadir ialah pegawai Institut Perubatan Forensik Negara, doktor dan pegawai perubatan PPUM serta peguam pemerhati dan ahli keluarga Allahyarham.
Jenazah Nazrin digali semula pada 8 Oktober lalu bagi melakukan bedah siasat kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atas permintaan adiknya, Dr Malek Hassan.
Kredit foto: NST
Pada 14 Jun lalu, Nazrin dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Kota Damansara akibat letupan telefon bimbit yang dicaj dalam bilik tidurnya.
Bagaimanapun, polis mengklasifikasikan kematiannya sebagai kes bunuh selepas bomba menemui kesan petrol di bilik tidur Nazrin. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
semoga rohnya tenang di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga penjenayah takkan terlepas ini kali. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga ditempatkan dalam hambaNya yang beriman..kesian arwah, apa lah dosa dia sampai kubur kena gali semula..semoga pelaku dapat hukuman yang setimpal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mari kita lihat drama apa lps ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pulak dengan arwah... semoga rohnya dicucuri rahmat... |
|
|
|
|
|
|
|
adakah kerana duit..??
manusia jadi hilang pertimbangan.....
semoga rohnya tenang di sana... |
|
|
|
|
|
|
|
apalah salah dia.. susah jugak jd kaya ni. (read : motif mcm duit??) |
|
|
|
|
|
|
|
so apa result post moterm kali ke2? |
|
|
|
|
|
|
|
idakamaruddin replied at 15-10-2018 03:12 PM
so apa result post moterm kali ke2?
Pendakwaraya takkan reveal. Kan nak masuk court buat pendakwaan. Tunggu berita masa proses mahkamah la jawapnya |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga roh Allahyarham tenang di sana...
#justicefornazrin |
|
|
|
|
|
|
| |
|