CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Dicekup, Dalam Pantang Pun Nak Hisap Dadah

9-10-2018 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3543| Komen: 21|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang ibu yang masih dalam pantang ditahan selepas didapati positif dadah jenis opiat dalam operasi khas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Sik.

Dia ditahan bersama suami dan seorang anak berusia empat tahun di pekan Sik.

Ketua AADK Daerah Sik, Roslin Baharom berkata, pasangan berusia 45 dan 31 tahun itu ditahan selepas menerima aduan orang awam yang menyedari anak beranak itu sering kelihatan mencurigakan.

Hasil siasatan mendapati mereka mempunyai empat anak berusia 34 hari sehingga sembilan tahun.

Foto: AADK
“Anak sulung dan kedua kini dijaga oleh nenek mereka di Kuala Pegang, Baling, manakala bayi berusia 34 hari dilaporkan berada di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani setelah didapati mengalami komplikasi akibat penagihan oleh ibunya.


“Pasangan ini juga dikatakan terbabit dengan penagihan dadah sejak beberapa tahun lalu namun belum mempunyai rekod tangkapan.

“Suami bekerja sebagai buruh manakala isteri tidak berkerja dan mereka hidup berpindah-randah."

Pasangan terbabit dan anak kemudiannya dibawa ke Pejabat AADK Daerah Sik untuk tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis opiat dan akan disiasat mengikut seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

“Anak mereka pula diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sik untuk penjagaan sementara sebelum tindakan selanjutnya." -CARI
27

Bagus
32

Marah
37

Terkejut
33

Sedih
43

Lawak
42

Bosan

Friends Rank (214 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 9-10-2018 08:58 AM
hippie khau.... ish3... dah ada anak tu bawak2 la berubah
Quote shernazz 9-10-2018 09:05 AM
Astaga
Iols lepas bersalin kena happy gas pon ting tong sampai dua hari melayang...
Ko dalam pantang melayang acaner neh oi?
Quote sinalegna 9-10-2018 09:09 AM
Smlm kuar kt explore 1 whole family including budak2 isap gam kt luar rumah like nobody's business
Quote missDollie 9-10-2018 09:12 AM
Opiat tu hape? Tudung tetap di kepala kauuu walopun taik dadah..
Quote skinsandstars 9-10-2018 10:13 AM
chilaker suami isteri ni. dahlah membiak bagaikan kucing.

sian anak-anak dia dan baby dia.
Quote CARI-MRO 9-10-2018 11:18 AM
Seorang ibu yang masih dalam pantang ditahan selepas didapati positif dadah jenis opiat dalam operasi khas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Sik.


Dia ditahan bersama suami dan seorang anak berusia empat tahun di pekan Sik.


Ketua AADK Daerah Sik, Roslin Baharom berkata, pasangan berusia 45 dan 31 tahun itu ditahan selepas menerima aduan orang awam yang menyedari anak beranak itu sering kelihatan mencurigakan.

Hasil siasatan mendapati mereka mempunyai empat anak berusia 34 hari sehingga sembilan tahun.

Foto: AADK


“Anak sulung dan kedua kini dijaga oleh nenek mereka di Kuala Pegang, Baling, manakala bayi berusia 34 hari dilaporkan berada di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani setelah didapati mengalami komplikasi akibat penagihan oleh ibunya.


“Pasangan ini juga dikatakan terbabit dengan penagihan dadah sejak beberapa tahun lalu namun belum mempunyai rekod tangkapan.


“Suami bekerja sebagai buruh manakala isteri tidak berkerja dan mereka hidup berpindah-randah."


Pasangan terbabit dan anak kemudiannya dibawa ke Pejabat AADK Daerah Sik untuk tindakan lanjut.


“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis opiat dan akan disiasat mengikut seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.


“Anak mereka pula diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sik untuk penjagaan sementara sebelum tindakan selanjutnya." -CARI
Quote ntahhapehape 9-10-2018 11:28 AM
Ya Allah..hang dh pasai pa?penagih ni patut dihukum tembak ja..cari pengedar dia, tembak sekali..kesian dkt baby, mak bapak yg menagih, ank kena kompilasi..
Quote Foxey 9-10-2018 11:44 AM
baby baru 34 hari kot. boleh tak jangan membiak lagi kalau dah diri sendiri pun tak terjaga
Quote mieymiey 9-10-2018 11:49 AM
Kesian kat baby
Dapat mak bapak bodoh.
Quote myakayina 9-10-2018 11:54 AM
dalam pantang pun boleh..klu dah taik dadah kan..kesian baby tak berdosa terbabit sekali..dah tau menagih toksah la korang membiak ..
Quote abangadek 9-10-2018 12:05 PM
buat malu org kedah je
Quote minguk 9-10-2018 12:20 PM
opiat ni jenis dadah apa pulak
Quote CardiGans85 9-10-2018 12:23 PM
Ni lagi satu berita yang buat aku stress. Awat la bongok sangat jadi mak bapak
Quote chicozinn 9-10-2018 12:24 PM
kalu da taik dadah, baru lepas bersalin pon boleh gian..mohon mereput & berhenti membiak..
Quote pai.kacang 9-10-2018 03:12 PM
nak kawen.. pilihla suami yang elok sikit. silap pilih.. camni lah jadinya..
Quote zaziot 9-10-2018 03:26 PM
stress betol la bc news cani
Quote JohnnySins 9-10-2018 03:29 PM
Ibu yang masih dalam pantang dan suaminya ditahan selepas didapati positif dadah jenis opiat dalam operasi khas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Sik, semalam.


nak hilangkan sakit kat bahagian yang berhempas pulas melahirkan bayi la tu....ini sains...jangan pandang negatif pada mereka...wakakakakkakakaka
Quote matkpop 9-10-2018 03:59 PM
kesian anak dia dapat mak ayah taik dadah.
Quote goss79 9-10-2018 04:03 PM
eeei  gila lah.. elok dimandulkan je laki bini, jgn membiak lagi. dah tau duit pun x cukup, beli plak dadah...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.041481 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top