Semalam, satu kejadian tembak-menembak berlaku di kawasan berhampiran Pratunam Market di belakang pusat membeli belah Watergate Pavillon iaitu salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Bangkok, Thailand.
Memetik laporan The Straits Times, terdapat dua pelancong terkena tembakan dan lima orang lagi mengalami kecederaan parah. Jurucakap polis memaklumkan, insiden itu berlaku pada waktu kira-kira 8.30 malam, ketika itu sekumpulan pelancong sedang menunggu bas untuk balik ke hotel setelah habis menjamu selera. Tiba-tiba berlaku kejadian tembak-menembak tidak jauh dari tempat pelancong terbabit menunggu bas sekaligus menyebabkan dua warga Thailand dan dua pelancong dari India serta seorang pelancong Kemboja terkena tembakan peluru sesat. Kesemua mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk diselamatkan. Namun malangnya pelancong dari India, Gakhrejr Dheeraj dan pelancong dari Loas Keovongsa Thonekeo gagal diselamatkan. Menurut jurucakap polis, kejadian itu berlaku berpunca daripada pergaduhan dua kumpulan gangster ketika bermain snooker seterusnya berlaku tembakan di tempat meletak kereta. Suspek sedang dijejaki pihak polis menerusi penelitian kamera litar tertutup CCTV yang berada di sekitar pusat membeli belah tersebut. Siasatan sedang giat dijalankan dan identiti penembak masih belum dikenalpasti.- CARI
|
31
Bagus |
15
Marah |
16
Terkejut |
12
Sedih |
17
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 8-10-2018 07:35 PM
Kalau tak kes tembak menembak mesti kes bom sana sini sebeb tak berapa minat nak kesana
ADVERTISEMENT