"Betis besar inilah yang bagi saya makan tau." Siapa yang tidak terasa hati apabila rupa paras dan bentuk fizikal seseorang dikutuk orang lain? Pasti menusuk sembilu!
Itu yang dirasakan pelakon dan penyanyi Janna Nick apabila orang ramai mula memenuhi laman sosial dengan kutukan terhadap betisnya yang dikatakan kelihatan besar ketika mengacarakan program Melodi Ahad lalu. Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 23, menerusi Insta Story meluahkan rasa terkilan kerana perkara sedemikian diperbesarkan netizen. Betis pun jadi isu
Tambahnya lagi, dia boleh menerima kritikan orang ramai dan akan berusaha memperbaiki diri dari segi kualiti lakonan dan nyanyiannya, namun dia akui tiada apa boleh dilakukan jika rupa fizikal yang menjadi isu. "Kita terima jelah kalau orang kutuk kita tak boleh berlakon, mengacara dan menyanyi. "Tapi, kalau betis besar nak pergi mana? Nak kena buat pembedahan plastik ke?" katanya. Ini bukanlah kali pertama Janna dikutuk netizen dan menurutnya, dia sudah lali dengan kritikan dilemparkan terhadapnya. "Cakaplah apapun, mek dah tak ada hati nak layan," ujarnya. Alahai, netizen pun. Betis besar pun jadi isu ke sampai nak diperbesar-besarkan di laman sosial? Nanti kalau Janna buat pembedahan, sibuk nak jadi 'pembaris' pula. Tak baik tau hina ciptaan Tuhan. - CARI
|
21
Bagus |
27
Marah |
23
Terkejut |
36
Sedih |
23
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
matchstick replied at 26-9-2018 11:12 AM
Bukan ke dia sdiri pun sblm ni penah body shaming org lain. Lupa dh sape. Tp kokesen. Kurus sgt kata ...
ADVERTISEMENT