Selepas kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO teruk mengalami kegagalan dalam Piilihan Raya Umum (PRU ke-14) lalu, akhbar Utusan Malaysia atau sebelum ini disebut sebagai Utusan Melayu terus kehilangan punca kewangan iaitu menerusi pengiklanan yang bernilai lebih berpuluh juta ringgit.
Memetik laporan Malaysiakini, Tan Sri Rais Yatim mendedahkan kepada The Malaysian Insight cara Utusan Malaysia mendapatkan sumber kewangan daripada tahun 2010 sehingga 2013. Dakwa bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, semasa berada dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak, kementeriannya diarahkan membeli iklan yang bernilai lebih kurang RM12 juta setahun dalam penerbitan syarikat itu. “Tahun 2010, 2011, dan 2012 ketika itu sebagai menteri penerangan, saya terpaksa mengeluarkan bantuan menerusi pengiklanan kepada Utusan."
“Usaha seperti itu tidak seharusnya berlaku tetapi kerajaan arahkan saya bertindak sedemikian.” Tambah beliau, Utusan Malaysia sememang langsung tidak mampu pulih semula daripada masalah kewangan yang dihadapinya. Rais adalah menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan antara 2009 hingga 2013. Difahamkan, kali terakhir Utusan Malaysia memperoleh keuntungan adalah pada tujuh tahun yang lalu. Sebelum ini, The Star melaporkan, setakat Jun tahun 2017, kerugian Utusan Malaysia telah mencecah RM71 juta.- CARI
|
19
Bagus |
17
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
21
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
vespa_oren replied at 19-9-2018 08:37 PM
Dulu langgan gak utusan lepas makin teruk menjilat umno terus tukar metro, rasa zmn najib k pak lah
RatuDunia94 replied at 19-9-2018 09:50 PM
ADVERTISEMENT