CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalur Gemilang Murah Dari Rokok: Tan Sri Dr Rais Yatim

28-8-2013 10:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5096| Komen: 25

Description: Kuala Lumpur - Semangat Rakyat Di Negara Ini Untuk Mengibarkan Jalur Gemilang Semakin Kurang Walaupun Harga Bendera Itu Lebih Murah Daripada Sekotak Rokok.


KUALA LUMPUR - Semangat rakyat di negara ini untuk mengibarkan jalur gemilang semakin kurang walaupun harga bendera itu lebih murah daripada sekotak rokok.
   
Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata perkara itu sangat mendukacitakan kerana pengibaran jalur gemilang merupakan satu cara untuk rakyat negara ini menzahirkan semangat patriotisme dalam diri mereka.
   
"Masalahnya ialah tiada perasaan dalaman dalam rakyat kita terutama yang sebahagiannya duduk di bandar.
   
"Kita juga dapati pelajar-pelajar kita tidak terlengkap dengan rasa cinta kepada negara menerusi perlambangan bendera Jalur Gemilang...bendera lambang yang paling mudah dan murah yakni hanya lapan batang rokok harga satu bendera kita boleh kibarkan," katanya.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Profesor Emeritus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kepada bekas Rektor UIAM Kedua Dato Dr Abdulhamid Ahmad Abusulayman, di sini hari ini.

Rais berkata semangat mengibarkan jalur gemilang perlu diterap ketika zaman persekolahan lagi sehingga ke institusi pengajian tinggi.
   
"Jadi disyorkan di sekolah-sekolah mesti ada penanam semangat ini baik di sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan," katanya.
   
Mengulas mengenai majlis berkenaan Rais yang juga Presiden UIAM berkata penganugerahan itu diwujudkan berdasarkan kecemerlangan Abdulhamid dalam tempoh 10 tahun menyandang jawatan Rektor UIAM.
   
"Banyak pembangunan dan kecemerlangan yang beliau telah lakukan antaranya dalam bidang akademik, sosial dan perancangan pembangunan UIAM.
   
"Khidmat cemerlang beliau juga dipenuhi dengan khidmat kemanusiaan yang sangat ketara misalnya beliau telah membantu pelajar miskin yang tidak mampu untuk membayar bayaran terakhir sebelum mendapatkan ijazah," katanya.
   
Manakala Abdulhamid ketika ditemui meluahkan kesyukuran menerima anugerah itu yang disifatkan satu penghargaan yang tinggi buatnya. - Bernama

4

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freebird 28-8-2013 09:42 AM
Balik indon lah rais woi!
Quote namirulmukminin 28-8-2013 09:43 AM
...bendera lambang yang paling mudah dan murah yakni hanya lapan batang rokok harga satu bendera kita boleh kibarkan," katanya.

Menteri ni BODOH matematik ke apa?? Macam mana buleh kata harga bendera lagi murah dari rokok dah kalu 8 batang rokok = 1 bendera??

Kalu 1 batang rokok = 8 bendera baru buleh kata murah...

Owh mentaliti menteri "boleh land"...

Quote allnighter 28-8-2013 09:45 AM
Generasi urban skrg mana ingat asal usulnya...

ps : Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.... Last edited by allnighter on 28-8-2013 09:47 AM

Quote the_killer 28-8-2013 09:46 AM
namirulmukminin posted on 28-8-2013 09:43 AM
Menteri ni BODOH matematik ke apa?? Macam mana buleh kata harga bendera lagi murah dari rokok dah  ...

Kan rendang nak ke Unesco..tu dia pening tu
Quote rdzaccess 28-8-2013 09:55 AM
lapan batang rokok bolehlah ditukarkan ngan satu bendera ... Kempen Kemerdekaan ...
Quote callance 28-8-2013 10:01 AM
kate2 penasihat boleh keluar dlm paper. menteri mane menteri.....
Quote namirulmukminin 28-8-2013 10:03 AM
Aku nak tanya @akughi .... hang dah beli bendera belom?? Harga lebih murah dari rokok kata menteri... Daripada hang beli rokok, baik hang beli bendera banyak2... boleh aku pau hang sikit...
Quote gaara_X 28-8-2013 10:03 AM
banyak plak bebel abg rais nie....
Quote akughi 28-8-2013 10:06 AM
namirulmukminin posted on 28-8-2013 10:03 AM
Aku nak tanya @akughi .... hang dah beli bendera belom?? Harga lebih murah dari rokok kata menteri.. ...

cet.....aku tak pernah beli pun, nnt ade la org bagi.....aku sapu je....
Quote namirulmukminin 28-8-2013 10:10 AM
akughi posted on 28-8-2013 10:06 AM
cet.....aku tak pernah beli pun, nnt ade la org bagi.....aku sapu je....

Terpaksa la aku kutip tepi2 jalan je kalu ada sapa2 punya yang tercicir...
Quote PostBanhammer 28-8-2013 12:12 PM
Oh bendera lagi murah?

Tapi bendera tak boleh keluarkan asap... Ok bye.
Quote wqe1922 28-8-2013 12:13 PM
Kalau tak kibar jalur gemilang tak patriotik dan cintakan negara?? Bodohnya statement. Pungkoq hang la...
Quote ANTUGIGI 28-8-2013 12:17 PM
menteri dapat bendera free.. kami rakyat kena beli.. da la gaji menteri kami bayar.. menteri curi lagi harta kami rakyat untuk mengkayakan anak bini.. kami juga kena lagi....

menteri hampeh....
Quote artcrime 28-8-2013 03:16 PM
saye dpt pree.. kat danau last saturday..
Quote pyropura 28-8-2013 03:37 PM

...seriously, hari merdeka cuma tinggal 3 hari saja lagi, tapi setiap kali aku drive, samada di klang valley mahupun di luar, samada di highway mahupun jalan biasa, takde satu keta pun aku nampak pasang bundera M'sia ciplak Amureka...yang ada cuma 2-3 lori aje yang pasang (mungkin nak bodek JPJ/Spad agar tidak diambil tindakan)...

tak penah lagi dalam sejarah idup aku melihat fenomena sebegini...adakah kerana keangkuhan Umeno nan bebal memandai-mandai letak slogan politik Umeno ke dalam sambutan Hari Kemerdekaan tahun lepas...??




Quote pyropura 28-8-2013 03:56 PM
ANTUGIGI posted on 28-8-2013 12:17 PM
menteri dapat bendera free.. kami rakyat kena beli.. da la gaji menteri kami bayar.. menteri curi la ...


buat apa beli bendera, nanti cina jugak yang kaya...kata nak boikot cina sepet kuminis tuh...
Quote Al-Patih 28-8-2013 03:57 PM
namirulmukminin posted on 28-8-2013 09:43 AM
Menteri ni BODOH matematik ke apa?? Macam mana buleh kata harga bendera lagi murah dari rokok dah  ...

abih...orang kampong dia ...yang undi dia ...mako dio ...mewakil orang macam dio lah ...
Quote Al-Patih 28-8-2013 03:58 PM
PostBanhammer posted on 28-8-2013 12:12 PM
Oh bendera lagi murah?

Tapi bendera tak boleh keluarkan asap... Ok bye.

bolih buwek selimut kereta ...tau ...engin sejuk ...
Quote Al-Patih 28-8-2013 03:59 PM
wqe1922 posted on 28-8-2013 12:13 PM
Kalau tak kibar jalur gemilang tak patriotik dan cintakan negara?? Bodohnya statement. Pungkoq hang  ...

dia dah macam tu ...jangan tambah sumpah lagi ....kesian...oh kesian dia...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.102163 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top