Bukan kali pertama, sebaliknya perkara yang sama sudah dilaporkan berlaku berulang kali. Kes gangguan seksual ke atas golongan wanita ketika berada dalam kenderaan awam sudah banyak kali diviralkan.
Terbaru, bertempat di Kaherah, seorang pemandu bas yang ketagih seks dilaporkan cuba menyerang penumpang wanita secara seksual, namun mangsa berjaya diselamatkan orang ramai. Bagaimanapun, orang ramai yang menyelamatkan mangsa itu bertindak memalukan suspek dengan memaksanya berseluar dalam sahaja berdiri di atas bas di tengah sehingga polis tiba di lokasi kejadian. Memetik laporan Daily Mail, kejadian itu menjadi tular apabila gambar lelaki terbabit berseluar dalam tersebar luas di Twitter hasil rakaman orang ramai yang berada di lokasi kejadian.
Menurut saksi di tempat kejadian, pemandu terbabit cuba mengambil kesempatan terhadap wanita berkenaan selepas berada di dalam bas itu berseorangan. Mangsa terselamat apabila seorang pejalan kaki yang kebetulan lalu di situ terdengar jeritannya dan terus naik ke bas bersama beberapa orang lain sebelum menahan pemandu terbabit. Perbuatan kumpulan itu dipuji pengguna media sosial selepas gambar kejadian tular. Bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan pemandu bas berkenaan kerana menganggap hukuman tidak patut dijatuhkan tanpa siasatan.- CARI
|
27
Bagus |
20
Marah |
20
Terkejut |
27
Sedih |
23
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Maideen. replied at 7-9-2018 03:41 PM
Kita harap pemandu bas itu bukan merangkap Setiausaha Agong sebuah parti Isle di Mesir......
Ta ...
Maideen. replied at 7-9-2018 03:41 PM
Kita harap pemandu bas itu bukan merangkap Setiausaha Agong sebuah parti Isle di Mesir......
Ta ...
ADVERTISEMENT