Sebuah kedai menjual ikan di Kuwait dilaporkan telah ditutup oleh penguatkuasa selepas pemiliknya didakwa melekatkan 'mata plastik' supaya ikan yang dijual kelihatan lebih segar.
Memetik METRO, beberapa gambar melucukan salah seekor 'ikan segar' berkenaan dikongsikan akhbar tempatan Al Bayan di media sosial. Akhbar berkenaan melaporkan, kementerian perdagangan negara telah menutup kedai itu selepas helahnya menipu orang ramai dihidu. Gambar-gambar berkenaan menunjukkan mata palsu yang dilekatkan itu tercabut sedikit, sekali gus menunjukkan mata ikan sebenar yang telah menguning. Ramai pengguna laman mikro Twitter mengecam tindakan penjual ikan terbabit yang tidak didedahkan namanya. "Ia satu amalan perniagaan yang teruk, tetapi melucukan pada waktu sama. Adakah mereka benar-benar menyangka tiada siapa yang akan menyedarinya?" kata salah seorang pengguna, Elodie Mainze. - CARI
|
43
Bagus |
41
Marah |
19
Terkejut |
25
Sedih |
47
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Yahudi_Bisex replied at 3-9-2018 11:12 AM
Cina Malaysia menipu lagi teruk. Letak ubat mayat terus
ADVERTISEMENT