CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ramai Mengamuk Nilai 'Top Up' Dipotong SST, Anda Pun Kena Juga?

3-9-2018 04:42 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 4582| Komen: 14|Original author: Oleh: Ain

Description: Ramai rakyat Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sejak dilaksanakan 1 September lalu.
Ramai rakyat Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sejak dilaksanakan 1 September lalu.

Boleh dilihat rata-rata menggunakan media sosial untuk meluahkan kemarahan mereka berhubung harga barangan yang kian meningkat.


Lebih mengeruhkan keadaan, ruangan Twitter dihujani rungutan netizen yang bengang apabila nilai kad prabayar telefon mereka dipotong berdasarkan peratusan SST sedangkan ia tersenarai sebagai perkhidmatan yang dikecualikan daripada cukai berkenaan.




Kenapa tambah nilai kad prabayar kena SST?




Barangan dikecualikan SST



Justeru, Menteri Kewangan Lim Guan Eng kemudian memberi penjelasan bahawa terdapat kekeliruan di pihak syarikat telekomunikasi yang menyebabkan pengguna terpaksa menanggung caj potongan bagi pembelian kredit tambah nilai kad prabayar.

"Mengapa mereka (syarikat telekomunikasi) mahu sukarkan hidup (pengguna)? Tiada kerja lain? Kita akan jumpa syarikat-syarikat ini," katanya seperti dipetik dari MalaysiaKini.

Bagaimanapun, menerusi komen pengguna, dipercayai ada syarikat telco yang masing mengenakan potongan cukai SST bagi pembelian kredit tambah nilai kad prabayar.

"Kata dah dikecualikan, tapi hari ini masih kena potong enam peratus," komen netizen.



Ekoran menerima banyak rungutan daripada pengguna, Lim memberi jaminan bahawa pengguna akan dibayar rebat bagi menggantikan jumlah yang telah dicukai.

Bagaimanapun, segelintir pengguna mendakwa mereka tidak dikenakan cukai SST ketika membuat tambah nilai kad prabayar mereka.


Kredit foto: Twitter

Aik, orang tertentu sajakah yang dikenakan cukai SST ni? Bagaimana pula dengan anda? - CARI
37

Bagus
42

Marah
44

Terkejut
33

Sedih
38

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (228 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 3-9-2018 05:01 PM
aku baru topup, takde pun kena...
Quote kucingitam 3-9-2018 05:05 PM
iols x pakai topup2 ni, tapi sibuk nak komen juga... masa gst dulu bayar rm 10.60, dapat rm 10 kan?
Quote meisapoya 3-9-2018 06:21 PM
kucingitam: iols x pakai topup2 ni, tapi sibuk nak komen juga... masa gst dulu bayar rm 10.60, dapat rm 10 kan?

Seingat i, bulan pertama gst tu, kalau top up rm10, dapat rm9.43 gitu.... lps tu bising mcm ni jugak, bulan depan tu terus top up rm10.60 utk rm10
Quote prettyuglybabe 3-9-2018 08:35 PM
bukan salah sst tapi provider yang nak amik peluang menipu pengguna..
anyway, orang postpaid relax je kena sst gst..
takde riuh sekampung macam pengguna prepaid..
Quote tobby 4-9-2018 07:36 AM
AIR MINERAL PUN KENA SST  !!

Senarai terkini itu bagaimanapun turut memasukkan makanan segar dan pelbagai barangan yang sebelum tidak tersenarai.

Saya lihat ketam, udang, sotong, kerang dan lala kini dikenakan cukai jualan 10 peratus. Pelbagai jenis perencah, sos, beberapa jenis daging dan ikan, daging burger, sosej, keju dan mentega turut dikenakan cukai jualan antara 5 dan 10 peratus.

Saya juga lihat pelbagai jenis minuman dikenakan cukai jualan termasuk jus buahan dikenakan cukai 5 peratus, soda (10%) dan air mineral (10%).

Ramai tidak menyedari bahawa SST sebenarnya ialah dua jenis cukai berbeza - Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang memerlukan dua akta berbeza diluluskan di parlimen. (Kedua-dua akta cukai berkenaan digantikan dengan satu akta tunggal dan telus iaitu GST pada masa lalu).

Oleh itu, Lim Guan Eng tidak bercakap benar apabila beliau mengucapkan kepada orang awam bahawa cukai SST hanya dibayar oleh pengilang dan bukan oleh pengguna.

Maka, apabila restoran dan isirumah membeli bahan mentah seperti udang, ketam dan kerang, mereka sudah membayar cukai jualan 10 peratus yang perlu ditanggung oleh pengilang atau pengeluar. Restoran dan pembeli isirumah tidak akan melihat jumlah yang dibayar mereka bagi cukai jualan tetapi terpaksa membayar pada harga yang tinggi.

Situasi ini akan lebih buruk apabila pengguna makan makanan ini di restoran di mana cukai perkhidmatan terpakai di premis ini.

Restoran kini perlu membayar cukai jualan ke atas ketam, udang, beberapa jenis sayuran, mentega, keju, perencah dan sos bagi menyediakan makanan mereka.

Apabila mereka menyediakan hidangan itu bersama minuman dalam botol yang mempunyai cukai jualan, mereka juga akan mengenakan tambahan 6 peratus bagi cukai perkhidmatan yang dipapar di resit pelanggan.

Untuk itu, pelanggan restoran dikenakan cukai dua kali, cukai perkhidmatan 6 peratus yang dapat dilihat pada bil dan cukai jualan ke atas makanan dan minuman disediakan namun tidak dipaparkan pada resit.

Begitu juga akan berlaku dibengkel kereta and pusat servis di mana alat-alat ganti dan minyak pelincir dikenakan cukai jualan dan ditambah lagi dengan cukai servis.

Inilah yang pelbagai pihak termasuk saya sendiri pernah beri amaran bahawa SST adalah satu cukai bertindih (cascading tax) di mana terdapat barangan yang dikenakan cukai berganda. Ini berbeza dengan GST pada kadar 6 peratus di mana ia hanya dicaj sekali.

Pada masa ini, banyak restoran masih lagi menggunakan bahan mentah yang dibeli sebelum perlaksanaan SST namun selepas ini mereka akan membeli bekalan baharu dengan cukai jualan, dan dijangkakan harga di restoran akan naik lebih banyak lagi pada hari mendatang berbanding ketika GST berkuatkuasa.

Orang dari golongan B40 juga makan ikan masin, udang, kerang dan ketam - biarpun untuk dimasak dirumah ataupun di restoran. Ia tidak patut dikenakan cukai jualan seperti yang dikecualikan di bawah cukai GST dahulu.









Quote chinta89 4-9-2018 09:14 AM
bengong                  
Quote kucingitam 4-9-2018 11:32 AM
meisapoya replied at 3-9-2018 06:21 PM
Seingat i, bulan pertama gst tu, kalau top up rm10, dapat rm9.43 gitu.... lps tu bising mcm ni jug ...

kira sama gaklah konsepnya kan...yg satu tu ko tambah duit, yang satu tu dia dah kira sekali, nilai tetap x sama dgn apa yang dibayar

Quote kucingitam 4-9-2018 11:32 AM
prettyuglybabe replied at 3-9-2018 08:35 PM
bukan salah sst tapi provider yang nak amik peluang menipu pengguna..
anyway, orang postpaid relax  ...

hahahah...betul...
Quote meisapoya 4-9-2018 12:12 PM
kucingitam replied at 4-9-2018 11:32 AM
kira sama gaklah konsepnya kan...yg satu tu ko tambah duit, yang satu tu dia dah kira sekali, nila ...

Yup. I pon bengang la jugak masa tu nape la bengap sangat top up rm10 inclusive gst. Org nak top rm10 kot bukan rm9.43. Tapi mujur lepas tu dah x de gst utk prepaid
Quote MadameOnion 4-9-2018 12:35 PM
ni kira bukan 'hantam' la kan?
Quote fushimi 4-9-2018 01:36 PM
meisapoya replied at 3-9-2018 06:21 PM
Seingat i, bulan pertama gst tu, kalau top up rm10, dapat rm9.43 gitu.... lps tu bising mcm ni jug ...

lepas gomen kasi balik kan sebagai rebat kan

Quote kucingkarate 4-9-2018 02:00 PM
haah...kena ari tu. kucen top up dlm pkl 12.15a.m 1 sept,
mak aiiii.....makan slaluh diSST 6%. terkedu jap tgk top up yg dulu bukan yang sekarang lol
Quote ~boolean 4-9-2018 02:53 PM
prettyuglybabe replied at 3-9-2018 08:35 PM
bukan salah sst tapi provider yang nak amik peluang menipu pengguna..
anyway, orang postpaid relax  ...


Pengguna prepaid kebanyakannya student, atau orang tua yang prepaidnya ditopupkan anak2 atau orang yang kewangan sempit macam aku ni. Hilang 20-30 sen untuk orang macam aku besar nilainya..wajar lah kami bising..

Lagipun dah hak kita, lagi bodoh kalau rela dipijak diam membisu saja..
Quote meisapoya 4-9-2018 05:03 PM
fushimi replied at 4-9-2018 01:36 PM
lepas gomen kasi balik kan sebagai rebat kan

Ooo ye ke. Yg tu i x leh recall pulak. Tapi caj gst utk top up tak panjang

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.050317 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top