CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jenama Telefon Pintar Popular 'Kantoi' Menipu Lagi?

30-8-2018 02:57 PM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 8963| Komen: 33|Original author: Oleh: Ferr Remy

Description: Sebelum ini, sebuah jenama telefon pintar Huawei pernah didakwa menipu akibat penemuan data EXIF pada gambar sampel mereka yang ditemui di Google+.
Sebelum ini, sebuah jenama telefon pintar Huawei pernah didakwa menipu akibat penemuan data EXIF pada gambar sampel mereka yang ditemui di Google+. 

Kali ini, mereka sekali lagi dikatakan menipu menerusi laman web Android Police bagi promosi keluaran terbaru mereka, Nova 3


(sumber foto: Android Police)

Iklan berdurasi 30 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita berswafoto kononnya menggunakan model terbaru keluaran syarikat telefon pintar berkenaan dan hasilnya kelihatan amat menakjubkan. 

Tetapi, menerusi gambar yang 'dicedok' dari Instagram salah seorang pelakon iklan tersebut yang kemudiannya telah dipadamkan, ternyata mereka menghasilkan foto tersebut menggunakan kamera DSLR!



Foto: u/AbdullahSab3 (Reddit)

Malah, terdapat tiga lagi foto di dalam iklan tersebut yang mempromosikan kehebatan menggunakan kamera untuk model terbaru itu juga dipercayai dirakam menggunakan kamera DSLR yang berteknologi tinggi.

Menurut laman web itu lagi, wakil dari jenama telefon pintar itu telah menghubungi mereka dan menjelaskan bahawa tujuan iklan itu adalah untuk menunjukkan bagaimana pengguna boleh menggunakan ciri-ciri model terbaru mereka sahaja. 

Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan pada pengakhiran video mereka, hasil tangkapan produk itu adalah sebagai rujukan semata-mata.



Terpulang pada anda untuk mempercayai mereka atau tidak, buatlah pilihan bijak ketika membeli. - CARI
19

Bagus
34

Marah
47

Terkejut
37

Sedih
18

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (183 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 30-8-2018 03:00 PM
La..... Apple, Samsung dan Sony pun sama gak pernah kantoi. Buat iklan guna DSLR lepas tu claimed guna model smartphone mereka gitu.


Btw, thread dah ada
Quote aHoi83 30-8-2018 03:02 PM
So iklan2 shampoo ko rase dia pakai shampoo tu terus rambut nya berkilau n berombak2 ?
Quote darkness 30-8-2018 03:12 PM
aHoi83 replied at 30-8-2018 03:02 PM
So iklan2 shampoo ko rase dia pakai shampoo tu terus rambut nya berkilau n berombak2 ?

Betul tu..nak jg berombak dan berkilau mcm dlm iklan shampoo tu
Quote merrissa 30-8-2018 03:29 PM
nama pon iklan

kalo review blogger ke expert ke.....yela gak nak kata menipu ke apa...ngek nya
Quote bangcak 30-8-2018 03:38 PM
mmg la ada 2 situasi.
try pause kat durasi 0:17.

kan dslr tu nak rakam tangan dia pegang hempon.
apa yg tipunya??
Quote insulin 30-8-2018 03:39 PM
Kesian pada sesiapa yang tertipu...
Quote KILL_NANCY 30-8-2018 03:40 PM
spiderman80 replied at 30-8-2018 03:00 PM
La..... Apple, Samsung dan Sony pun sama gak pernah kantoi. Buat iklan guna DSLR lepas tu claimed gu ...

abis tu tengok je?mergekanlah.ak alah.


Quote minguk 30-8-2018 03:44 PM
insulin replied at 30-8-2018 03:39 PM
Kesian pada sesiapa yang tertipu...

i hampir tertipu hahahahha
Quote Saussurea 30-8-2018 03:53 PM
Certain Huawei phone ada setting untuk pro mode hampir sama dengan dslr camera seperti manual exposure shooting, shutter speed, exposure compensation, ISO, focusing mode dan white balance control

I pakai and quality nya adalah sangat memuaskan. Sama qualitinya seperti menggunakan camera besar gedabak canon nikon dsbg
Quote insulin 30-8-2018 03:59 PM
minguk replied at 30-8-2018 03:44 PM
i hampir tertipu hahahahha

Tengah plan nak beli phone baru?
Quote Ferr_Remy 30-8-2018 04:09 PM
spiderman80 replied at 30-8-2018 03:00 PM
La..... Apple, Samsung dan Sony pun sama gak pernah kantoi. Buat iklan guna DSLR lepas tu claimed gu ...

Submit sminggu lepas. Antara org first yg baca kat laman tu. Admin approve article lama beno. HAHAHAHA
Quote DollahRepek 30-8-2018 04:12 PM
Dah nama pun iklan. Takkan nak percaya 100% kot
Quote EvieWanKenobi 30-8-2018 04:19 PM
patutlah nampak cantik sangat..
Quote palmolive 30-8-2018 04:23 PM
tp amik gambo cantik bergantung pada air tangan individu gak..
ada pakai DSLR tp hasil gambo tak lawo..
ada pakai kamera cikai tp hasil lawo..
Quote mieymiey 30-8-2018 04:36 PM
Pelakon iklan tu tak dibagitau ker untuk tak upload apa-apa berkenaan iklan tu?
Atau iklan tu takder kena mengena dengan Huawei, tapi Huawei cilok?
Quote minguk 30-8-2018 05:05 PM
insulin replied at 30-8-2018 03:59 PM
Tengah plan nak beli phone baru?

nak jual gopro.. nak beli tak? hhahaha
Quote insulin 30-8-2018 06:49 PM
minguk replied at 30-8-2018 05:05 PM
nak jual gopro.. nak beli tak? hhahaha

Tak minat nak beli. Dah try jual di mudah.my dll?
Quote Spicymami 30-8-2018 06:51 PM
Slalu utk iklan mmg akan guna * additional equipment and digitally alter * dulu slalu perasan billboard iPhone besar gedabak ada tulis disclaimer guna *additional equipment * kecik kat bawah..
Quote opie5662 30-8-2018 11:03 PM
Huawei best weiii...gambar letop...tak cr lain dah.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058655 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top