Umum tahu, hubungan antara warga Malaysia dan Indonesia kebelakangan ini dilihat semakin keruh terutama apabila ia membabitkan kedua-dua negara dalam sesuatu kejohanan.
Terbaru, jaguh silat negara Mohd Al Jufferi Jamari tidak berpuas hati dengan juri yang bagaikan sekadar memejam mata setiap kali serangannya mengenai sasaran dalam final acara silat Kelas E Putra Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang. Keadaan itu memaksa Al Jufferi meninggalkan gelanggan ketika menentang pesilat Indonesia, Komang Harik Adi Putra. Al Jufferi juga dilaporkan gagal mengawal amarahnya hingga menumbuk dinding penghadang bilik persalinan.
Jangan sampai saya jumpa dia "Saya hormat semuanya, tetapi saya tak boleh nak hormat juri," katanya. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut memuat naik video beliau menenangkan Al Jufferi di laman Twitternya berserta kata-kata semangat. Kamu tetap pemenang di hati kami Ekoran itu, ramai rakyat Malaysia menggesa perkara ini dilaporkan ke pihak atasan untuk melakukan siasatan segera. Malah, ramai menyatakan bahawa mereka sudah menjangkakan perkara sedemikian akan berlaku dan terus memberi semangat kepada jaguh silat kita. "Walaupun hilang pingat, Al Jufferi tetap di hati kami. Tahniah!" antara kata-kata semangat netizen. Bagaimanapun, seperti diduga rakyat Indonesia tidak akan berdiam diri apabila 'nama mereka' dicemuh. Selain tindakannya meninggalkan gelanggang, amukan Al Jufferi di dalam bilik persalinan juga dikecam netizen Indonesia. Malah, mereka turut mengungkit kisah lama ketika temasya Sukan SEA Kuala Lumpur yang berlangsung tahun lalu. Apapun, siapa juara sebenar pada anda? - CARI
|
17
Bagus |
33
Marah |
40
Terkejut |
32
Sedih |
54
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 28-8-2018 04:44 PM
Kalau sukan silat ni iols whoareyouss kan aje sbb olimpik pon x iktiraf.. Tp dlm sukan Gymnastic aca ...
ADVERTISEMENT