CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Filem Hantu Kak Limah Punya Pasal, Anak Dibiar Tidur Di Tangga Pawagam!

28-8-2018 12:28 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 8238| Komen: 48|Original author: Oleh: Whitney

Description: Tidak dinafikan, ada orang yang kaki wayang. Sejak dari zaman muda dan belum berkahwin sehingga sudah berkahwin dan beranak pinak, hobi menonton wayang tidak dapat ditinggalkan. Apabila ada filem baru ...


Tidak dinafikan, ada orang yang kaki wayang. Sejak dari zaman muda dan belum berkahwin sehingga sudah berkahwin dan beranak pinak, hobi menonton wayang tidak dapat ditinggalkan. Apabila ada filem baru yang menarik mula ditayangkan, golongan kaki wayang ini antara orang pertama yang akan menonton di panggung wayang. 

Kebiasaannya, perubahan ke atas diri seseorang akan berubah apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak kerana memikirkan komitmen dan tanggungjawab kepada keluarga. Ramai yang sanggup berkorban demi kepentingan dan keselamatan keluarga terutamanya anak-anak lebih-lebh lagi yang masih kecil dan memerlukan perhatian. 

Tetapi kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini telah menarik perhatian ramai. Akibat terlalu ghairah ingin menonton filem Hantu Kak Limah di pawagam, ada ibu bapa ini yang sanggup membawa anak yang masih kecil ke pawagam pada tayangan lewat malam. Mereka dikatakan tidak mengawal pergerakan anaknya malah membiarkan anaknya berkeliaran dan bermain sendirian sehingga tertidur di tangga pawagam.  


Kesiannya kat kanak-kanak ni...

Jadi mak bapak ni kenalah berkorban!

Rata-rata netizen mengecam dan marah dengan sikap ibu bapa kanak-kanak tersebut yang ternyata mementingkan diri. Anak yang kecil tidak wajar dibiarkan berkeliaran di dalam pawagam walaupun ibu bapa berada berhampiran kerana pelbagai risiko bakal berlaku ke atas diri mereka dan anak itu sendiri. Ramai netizen yang berasa kasihan dan tidak sanggup melihat kanak-kanak itu tidur di tangga pawagam.


Tunggu jelah cerita tu keluar Astro
Ada netizen yang begitu geram dan mengeluarkan perkataan "bodoh" kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana membawa anak ke pawagam pada waktu malam. Waktu malam lebih-lebih lagi pada lewat malam ada masa untuk anak-anak tidur di rumah dan bukannya bersiar-siar atau menonton wayang. 



Bukan tak boleh bawa anak ke pawagam

Bagaimanapun, ada netizen yang tidak kisah sekiranya ingin membawa anak-anak ke pawagam tetapi perlulah memantau pergerakan mereka. Ramai juga netizen yang telah membawa anak-anak mereka ke pawagam dan cuba memastikan anak-anak mereka duduk di tempatnya. 

Sebagai ibu bapa, sudah pasti kalian tahu akan sikap dan perangai anak-anak. Jika anak-anak sukar dikawal dan suka bergerak bebas, tidak perlulah membawa mereka ke pawagam kerana ia boleh mengganggu orang lain malah membahayakan anak-anak itu sendiri. Setuju tak? - CARI 

15

Bagus
25

Marah
15

Terkejut
14

Sedih
30

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 28-8-2018 12:35 PM
bengap betul parents mcm ni, kalau teringin sgt pun nk tgk, ko tunggu sampai hujung2 mesti org tak ramai dah...ni malam pun  dibantai bawak anak....akai tarak ka?

skg kan dah blh booking tiket online, blh je ko tgk penuh ke tak waktu tayangan tu. aku pun slalu buat cenggitu sbb tak koser bersesak.
Quote blinkmos 28-8-2018 12:39 PM
jenis mak pak keldai...
semalam gi movie pun, mak bapak duk sibuk kedarah ke popcorn.. anak duk merayap merata dalam hall...
Quote BoLapciOus 28-8-2018 12:44 PM
Pasangan rempit ke ap tu?
Quote kurga 28-8-2018 12:50 PM
ni jenis mak bapak nak jadi org pertama tngok movie tu.. konon x de la dengar spoiler pas tu..
Quote Foxey 28-8-2018 12:54 PM
tak boleh ke tengok movie ni petang ke instead of malam and bawak pulak anak kecil?
Quote shernazz 28-8-2018 12:55 PM
Choi lah...
Iols.kalau tgk wayang.mmg.x bawak anak...atau time mak mertua iols bawak anak jenjalan...weols.set time tgk wayang sambil deting..
Sound system.tu agak kuat okeh...huhu..
Tp.masa iols.tgk.hantu kak.limah ni..ramai juga bawa anak..n anak anak depa behave..so.iols x cerca.lahhh
Quote prettyuglybabe 28-8-2018 01:13 PM
terlampau ramai mak bapak bodoh sekarang ni..
orang kawin awak pun nak kawin..
orang beranak awak pun nak beranak..
tapi tanggungjawab tak amik peduli..

hari tu i gi tengok pun ramai bawak anak kecik..
ada siap dengan stroller lagi..
pastu tengah tengok ada pulak anak yang melalak..
nasib baik i duduk jauh kat belakang so tak bingit sangat..
Quote armin 28-8-2018 01:21 PM
Tengok la tajuk cerita.. dah tau yang jenis tengok movie macam ni mentaliti macam mana
Quote isseliparjepun 28-8-2018 01:24 PM
Nice la si fitri damia. Motif upload fesbuk? Aku tak minat manusia ambik2 gambar upload fesbuk dengan acah2 nasihat. Walhal mencarik likes je.
Quote saviour_09 28-8-2018 01:35 PM
apa bendaaa la
kot ye pun nak tengok sangat jaga la anak tu
aku ni dulu bertahun tak tengok wayang sebab anak kecik
ni dah besar sikit dah pandai behave baru la tengok balik
tu pun kartun!

bukannya mati pun tak tengok wayang sis
esok2 keluar jugak dvd dia kat pasar malam
Quote julia5094 28-8-2018 01:45 PM
Jangan la bawak anak masuk pawagam selagi dia tak boleh behave...kalau budak2 kecil macam ni lagi la. Kesian betul, dah la tayangan larut malam pulak tu. Akal mana?
Quote PandaSaka 28-8-2018 01:49 PM
Alahai...dibiar nya anak tidur macam tu. Pelik aku kadang2 manusia ni. Kalau tengok dekat FB, IG belambak je netizen sekolah kan retis2 tak pandai jaga anak la apa la. Ntah2 depa yang komen2 ni lah yang tinggal anak kat kedai makan la, cinema la.

Quote kikuri 28-8-2018 02:15 PM
aku bawak anak juga tgk antu kak limah... tapi anak aku behave... mana tak behave sebelum tu tunjuk trailer munafik 2... diam tak berkutik anak aku dengan anak sedara aku
Quote fushimi 28-8-2018 02:20 PM
netizen nak kecoh buat apa

kalau orang ambik nanti tau lah mak bapak budak ni melalak macam anjing

masa tu boleh netizen tepuk ramai ramai padam kan muka mak pak bodoh macam ni
Quote nishikido 28-8-2018 02:41 PM
Parent ni benak ke hapa..kalau jakun sangat nak tgok wayang perlu ke tengok midnight,anak la tido lah ngok..tengok siang2 la..dah la xreti jaga anak..camna dorang boleh chill2 je padahal anak xde kat sebelah..tak fikir org culik or anak buat nakal ke hapa..
Quote sofiazara 28-8-2018 02:43 PM
ala hantu kak limah je pun

penonton yg viralkan ni nak acah2 classy pulak
Quote Artemesiaa 28-8-2018 02:43 PM
Tu belum kes bebudak kecik gigih nak jadi pengulas filem pulak gigih bagitahu babak apa seterusnya.  Dan ada yang shuuh sana sini pun mak pak buat pekak je.  Tahu ler dah berapa kali ulang tengok tak perlu ler jadi juru ulas pula.
Quote missDollie 28-8-2018 02:56 PM
Aku pun teringin jugak tengok HKL ni..memandangkan anak pun kecik lagi bertabah la iols tunggu dekat Astro first je la..lantak la lambat tengok pun..janji iols boleh golek2 selesa depan tiwi..anak pun depan mata..huhuhuhu
Quote Cyempaka 28-8-2018 03:06 PM
masa aku p tgk HKL  hari tu pun, ada mak pak bawak baby kecik mcm ni la. dok merengek menangis lepas tu ke hulu ke hilir naik tangga. dah tu banyak2 seat, datang main kat seat aku jugak. nasib baik mood aku ok hari tu.
yg kakak dia pulak asyik menjerit takut...takuttt.
gigih la mak pak nak tgk wayang dgn anak kecik2. tunggu le kejap, nanti masuk la astro 1st.. tgk la kau puas2

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.055949 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top