Sejak wujudnya program realiti berbentuk keagamaan di televisyen, muncullah ramai daie dan pencetus ummah yang masih muda-muda belaka.
Keluar sahaja dari progaram, kebanyakan mereka meneruskan kerja-kerja dakwah melaluI media sosial untuk menarik lebih ramai lagi anak muda untuk mendekati agama. Antara yang popular di Twitter adalah Pencetus Ummah Amin. Namun baru-baru ini PU Amin dikritik kerana kelantangannya dalam isu LGBT dengan kejadian ribut pasir di Arafah. Kata netizen, dia berdakwah terlampau kasar dan ayat-ayat yang digunakan kadang-kala tidak memikirkan sensitiviti orang langsung. Selepas kenyataan tersebut tular, seorang pengguna Twitter mendakwa yang PU Amin sebagai seorang yang cakap tak serupa bikin kerana walaupun bergelar ustaz tapi tetaplah mencuci mata melihat wanita ketika berada di Eropah. Mungkin tidak mahu terus-terusan mencetuskan kemarahan netizen, PU Amin memohon maaf di atas kenyataannya sebelum ini. Sementara itu, banyak komen dari netizen mengatakan mereka yang lahir dari program realiti televisyen tidak layak digelar ustaz dan ada di antaranya menjadi penunggang agama semata-mata untuk meraih populariti. Apa pun tuduhan dan kesahihan cerita mengenainya diragui walaupun hakikatnya seseorang yang bergelar ustaz juga manusia biasa dan tidak terlepas dari melakukan dosa. -CARI
|
27
Bagus |
6
Marah |
6
Terkejut |
14
Sedih |
17
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
taji2906 replied at 28-8-2018 12:05 PM
sebab sorang claim kata nampak dak amin ni cuci mata kat europe dgn crew pastu sorang tu pun nampak ...
ADVERTISEMENT