CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalan Kaki Nak Buang Abu Mayat Kekasih, Dah Satu Setengah Tahun Belum Sampai-Sampai Lagi

24-8-2018 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5735| Komen: 44|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang lelaki sanggup berjalan kaki sejauh 1,541 kilometer semata-mata untuk menyebarkan abu mayat kekasihnya yang sudah meninggal dunia di atas Doi Inthanon, puncak tertinggi di Thailand.


Media tempatan melaporkan, Suksit Suppantamat, 39, yang berasal dari wilayah Udon Thani, tidak pernah sampai pun ke Doi Inthanon.

Foto: FB Chomthong Chiangmai
Namun selepas mendengar tentangnya, dia berjanji kepada teman wanita untuk membawanya ke sana. Malangnya kekasihnya itu meninggal pada Oktober 2016.

Tidak sempat melunaskan janji tersebut, Suksit mengambil keputusan untuk melakukan perjalanan epik dengan berjalan kaki ke Doi Inthanon.

Dia membawa kereta sorong dan memulakan perjalanan ari wilayah selatan Trang pada Januari tahun lalu dan ini bermakna dia sudah berjalan selama satu setengah tahun tapi masih belum sampai-sampai lagi.


Foto: FB Chomthong Chiangmai
Pada waktu malam, dia akan tidur di tepi jalan, kuil atau tanah perkuburan. 

Penduduk tempatan yang bermurah hati akan menawarkan makanan atau air kepadanya.

Sepanjang perjalanan, Suksit ditemani oleh dua ekor anjing dan seekor kucing.

Setiap kali ditanya tentang teman wanitanya, Suksit akan menangis.

Foto: FB Chomthong Chiangmai
"Saya dan teman wanita saya tidak pernah terpisah," katanya.

"Kami bekerja bersama malah berehat juga pada masa yang sama. Mungkin suatu hari nanti saya akan berhenti menangis.

"Saya tidak tahu sama ada cinta boleh diukur. Saya terus memikirkannya semasa saya berjalan. Mungkin ini cara saya menghargainya.

"Apa yang saya tahu, saya mahu melakukan ini untuk orang yang saya sayangi." -CARI
18

Bagus
17

Marah
21

Terkejut
30

Sedih
27

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rifaa 24-8-2018 02:14 PM
siannya, smoga tercapai cita2
Quote itik_kuning 24-8-2018 02:19 PM
berhenti menangisi org yg dah tiada, teruskan hidup untuk diri kita
Quote samasam90 24-8-2018 02:28 PM
Kesiannya. Tapi awatlah bodoh sangat nak jalan kaki.. kalau girlfriend hang masih hidup, sah2 kena maki. Terikut drama thai la ne, setiap hantu fweling dramatis memerlukan self sacrifice bagai mcm di zaman batu.
Quote cmf_premierleag 24-8-2018 02:29 PM
mmg betul2 cinta mati versi thai nih
Quote Supersirap 24-8-2018 02:30 PM
Contoh peribadi nak seribu daya, usaha tangga kejayaan, patut kita ambil teladan dari kisah ini
Quote matkpop 24-8-2018 02:39 PM
gigihnya. cinta mati kah
Quote kosukeconan 24-8-2018 02:55 PM
I fikir pasal financial heols jah mcm mana ni
Quote prettyuglybabe 24-8-2018 03:05 PM
comelnya anjing dgn kucing pun ikut sama..
semoga mereka sampai ke puncak bukan dalam bentuk abu..
Quote jcopy 24-8-2018 03:07 PM
bawak la pi mana pun

seksa kubur tetap kena gak

dusyimm dusyummmm

Quote uda 24-8-2018 03:08 PM
Kesian anjing dan kucing terpaksa ikut sama. Penat mereka berjalan.
Quote zorrro_03 24-8-2018 03:09 PM
Biarlah dia buat ni utk hidup dan hati dia.  
Quote cHimo 24-8-2018 03:26 PM
Dia jalan kaki pun takda menyusahkan hidup sapa2.... setiap orang ada cara tersendiri untuk capai matlamat....
Jenis orang bodoh piang yang tak lalui dan tak rasa mcm mana perasaan dia memang tau hentam hidup orang lain saja
Quote putericahaya999 24-8-2018 03:31 PM
masa hidup layan elok2 fak kat cinta hati tu
Quote jcopy 24-8-2018 03:40 PM
konon sebar abu kat atas gunung, gerenti masuk surga la tuuuuuu



Quote whitePoison 24-8-2018 04:16 PM
Sedihnyee
Bagus anjing tu setia ikut..
Quote jcopy 24-8-2018 04:23 PM
woii Suksit Suppantamat

kalau kau nak tahu, awek kau tu tengah kena balun kaw kaw kiri kanan depan belakang la ni

zap zas zapppp dusyum dusyummm

Quote Decaffeinated 24-8-2018 04:34 PM
"Kami bekerja bersama malah berehat juga pada masa yang sama. Mungkin suatu hari nanti saya akan berhenti menangis.


Dalam hidup ni ada banyak jenis cinta. Tak payah kecam kalau kita tak pernah merasa.

Ada orang bahagia dengan gheta dunia, ada yang boleh bahagia dengan hanya dengan fantasi bidadari syurga, dia ni bahagia dengan cara dia.

Quote Changa 24-8-2018 04:35 PM
Bimbo nya dek, dah macam bapok bottom pula perangai heshe. So drama queen
Quote minguk 24-8-2018 04:39 PM
betul2 cinta ni...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.042621 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top