Seorang remaja nyaris dilanggar kereta api selepas cuba ditolak kekasihnya. Memetik Daily Mail, insiden mengejutkan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di stesen Elizabeth South di utara Adelaide, Australia pada Oktober tahun lalu.
Menerusi rakaman itu, Lucas Gary Narkle, 19, mengheret mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun sebelum cuba menolaknya ke hadapan sebuah kereta api yang sedang menghampiri. Kelihatan jelas berlaku pergelutan di antara mereka berdua dan mangsa bernasib baik cubaan membunuhnya itu gagal. Narkle dihadapkan ke Mahkamah Daerah Australia Selatan pada Rabu selepas mengaku bersalah membahayakan nyawa gadis berkenaan. Bagaimanapun, keputusan hukuman ke atas Narkle ditangguhkan selepas mangsa mengubah kenyataannya pada saat-saat akhir. "Dia (mangsa) tidak tahu bahawa Narkle tidak akan benar-benar menolaknya (ke hadapan kereta api)," kata pendakwa raya. Narkle yang pada mulanya didakwa dengan percubaan membunuh dikatakan memegang kayu pemukul besbol ketika kejadian, tetapi kedua-dua mangsa dan tertuduh mengaku ia tidak digunakan. Dia ditahan selepas kejadian dan dipenjarakan lebih tiga bulan sehingga dia dibebaskan Mahkamah Agung pada Februari. Hakim Simon Stretton berkata pada Rabu bahawa beliau tidak mungkin melanjutkan tempoh hukuman terhadap Narkle. "Tindakan Narkle tidak bertanggungjawab, namun ianya tidak mencederakan (mangsa)," katanya. Bagaimanapun, Stretton mungkin akan memerintahkan tertuduh melakukan khidmat masyarakat. Narkle akan kembali ke mahkamah pada Khamis untuk keputusan hukuman. - CARI
|
30
Bagus |
33
Marah |
34
Terkejut |
31
Sedih |
31
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spiderman80: Setiap pasangan pasti ada naik turunnya.Semoga pasangan ini dapat berbaik semula nanti.
cmf_premierleag replied at 17-8-2018 12:08 PM
inilah warga kokesen yg disanjung2 ummah malaya berkerak
Bedah.Cun replied at 17-8-2018 12:02 PM
bitch tue teruja dengan bad boy kot
ADVERTISEMENT