CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1941|Reply: 10

Lelaki Cuba Tolak Kekasih Depan Kereta Api

[Copy link]
Post time 17-8-2018 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja nyaris dilanggar kereta api selepas cuba ditolak kekasihnya. Memetik Daily Mail, insiden mengejutkan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di stesen Elizabeth South di utara Adelaide, Australia pada Oktober tahun lalu.







Menerusi rakaman itu, Lucas Gary Narkle, 19, mengheret mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun sebelum cuba menolaknya ke hadapan sebuah kereta api yang sedang menghampiri.


Kelihatan jelas berlaku pergelutan di antara mereka berdua dan mangsa bernasib baik cubaan membunuhnya itu gagal.








Narkle dihadapkan ke Mahkamah Daerah Australia Selatan pada Rabu selepas mengaku bersalah membahayakan nyawa gadis berkenaan.


Bagaimanapun, keputusan hukuman ke atas Narkle ditangguhkan selepas mangsa mengubah kenyataannya pada saat-saat akhir.

"Dia (mangsa) tidak tahu bahawa Narkle tidak akan benar-benar menolaknya (ke hadapan kereta api)," kata pendakwa raya.








Narkle yang pada mulanya didakwa dengan percubaan membunuh dikatakan memegang kayu pemukul besbol ketika kejadian, tetapi kedua-dua mangsa dan tertuduh mengaku ia tidak digunakan.


Dia ditahan selepas kejadian dan dipenjarakan lebih tiga bulan sehingga dia dibebaskan Mahkamah Agung pada Februari.


Hakim Simon Stretton berkata pada Rabu bahawa beliau tidak mungkin melanjutkan tempoh hukuman terhadap Narkle.




Kredit foto:  Daily Mail/FB



"Tindakan Narkle tidak bertanggungjawab, namun ianya tidak mencederakan (mangsa)," katanya.


Bagaimanapun, Stretton mungkin akan memerintahkan tertuduh melakukan khidmat masyarakat. Narkle akan kembali ke mahkamah pada Khamis untuk keputusan hukuman. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2018 11:35 AM | Show all posts
dah nyaris mati pun masih nak lindung kekasih dia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 12:02 PM | Show all posts
bitch tue teruja dengan bad boy kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 12:02 PM | Show all posts
selalu gurau ganas macam tuh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap pasangan pasti ada naik turunnya.
Semoga pasangan ini dapat berbaik semula nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 12:08 PM | Show all posts
inilah warga kokesen yg disanjung2 ummah malaya berkerak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2018 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80: Setiap pasangan pasti ada naik turunnya.Semoga pasangan ini dapat berbaik semula nanti.

Hahah extreme nya gaduh.. spider mcm ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 01:22 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 17-8-2018 12:08 PM
inilah warga kokesen yg disanjung2 ummah malaya berkerak

ini jarum-jarum halus ni..
mana ada kokesen perangai jahanam gitu..
entah-entah melayu menyamar kokesen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2018 10:07 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 17-8-2018 12:02 PM
bitch tue teruja dengan bad boy kot

Bodoh betul pompuan yang suka "bad boy".
Apa yang teruja nya??
Bila dah jadi jando............"good boy" yang jadi laki orang...........kauorang jeles dan nak kebas laki orang pulak.
Ayat2 seperti.......
"aku bukan nak duit dia (lelaki) asalkan dia jaga aku cukup lah"
"aku nak lelaki yang tahu tanggungjawap dan dapat menyayangi anak2"
Ini semua "good boy" punya ciri2.
So where is the bad boy??
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2018 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ganas nya gurau
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2018 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
What kind of stupid gurau is this? Memang dumb*ss lah bak kata Red, 70s show
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046507 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list