Tamat sudah penderitaan dialami bekas vokalis kumpulan Panji, Mohd Rafi Ibrahim atau Opie yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, awal pagi tadi, lapor Harian Metro.
Opie, 48, yang sebelum ini menderita pelbagai komplikasi penyakit termasuk hepatitis C disahkan meninggal dunia pada 4.10 pagi tadi. Isteri Allahyarham, Suhailiza Ahmad, 42, memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Jerangau, Dungun, tengah hari ini. Media sebelum ini melaporkan, Opie dikejarkan ke HTAA pada Sabtu lalu akibat mengalami kesukaran bernafas ketika berehat di rumah.
Ekoran penyakitnya itu, sudah tiga bulan Opie mengharapkan ihsan saudara terdekat kerana tidak mampu mencari rezeki sebagai tukang paip. Opie pernah merangkul anugerah Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) pada Anugerah Industri Muzik 1993 dan terkenal menerusi lagu ‘kasih yang tidak pasti’. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam cahaya mata. Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat. - CARI
|
25
Bagus |
28
Marah |
25
Terkejut |
27
Sedih |
29
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT