Menjijikkan! Seorang tuan rumah mengintai penyewanya yang sedang mandi dan melakukan hubungan seks selepas memasang kamera tersembunyi di dalam bilik mereka.
Memetik METRO, Paul Dunster, 59, ditangkap bersama 183 video wanita tanpa pakaian yang dikumpulnya selama lebih 10 tahun. Ketika dibicarakan, seorang hakim menyifatkan perbuatan Dunster sebagai menyedihkan dan menjijikkan. Manakala, Dunster mendakwa dia melakukan perbuatan terkutuk itu untuk memuaskan nafsunya. Tertuduh pada mulanya mengaku tidak bersalah atas dua dakwaan mengintai, namun kemudian mengaku mengumpul video berkenaan selepas memasang kamera di dalam bilik tidur dan bilik air di salah sebuah rumah yang disewakannya.
Hasil serbuan di rumah bekas pengawal keselamatan terbabit di Portsmouth, London, polis menemui dua kad memori yang mengandungi video wanita bogel. Pendakwa David Reid memberitahu mahkamah, kad memori pertama mengandungi 18 video yang memaparkan aktiviti hubungan seks antara lelaki dan wanita di dalam bilik tidur. "Setiap rakaman video terbabit berlangsung selama 20 minit, namun tiada penyewa yang menyedari kamera tersembunyi itu. "Manakala, kad memori kedua diambil dari bilik air menunjukkan wanita yang sedang mandi," katanya. Dunster diperintahkan membayar denda 5,000 Pound (RM25,595) bersama kos sebanyak 500 Pound (RM2,559) dan 100 jam kerja tanpa gaji serta 20 hari pemulihan. - CARI
|
10
Bagus |
19
Marah |
16
Terkejut |
25
Sedih |
25
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bottombikini replied at 13-8-2018 04:28 PM
sape tgk cite the good neighbour?
sampai mati atok tu
ujung2 kena hukuman 2 taun je sbb pelaku ma ...
zulka replied at 13-8-2018 11:47 AM
wow...teringat kes artis msia dulu
ADVERTISEMENT