Peminat Disney, kami mempunyai berita baik untuk anda! Syarikat animasi gergasi dunia, Disney yang sangat dikasihi itu telah mengumumkan pelancaran kedai dalam talian mereka, shopDisney. Yeay! Kedai online itu akan menampilkan produk-produk berdasarkan kisah dongeng yang mereka keluarkan. Bagi meraikan sempena pelancaran laman tersebut, Disney telah membuka banyak tawaran hebat seperti dapatkan '3 untuk 2' pembelian produk kecantikan Disney yang comel. Malah terdapat juga 239 item yang boleh diubah suai mengikut cita rasa anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini. Tawaran hebat tersebut dijangka berlangsung sehingga 12 Ogos ini. Pembaca boleh menyemak laman tersebut di shopDisney! Laman ini akan menampilkan beberapa kolaborasi bersama jenama-jenama hebat dan terkenal seperti Hype, Samsonite, LEGO, IXXI, Swarovski, Funko, Danielle Nicole, Garmin, Clarks, dan Musterbrand. Kedai atas talian ini akan menjadi tuan rumah kepada koleksi yang paling meluas dari Disney, Pixar, Star Wars serta cenderahati dari Marvel dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga Fesyen & Aksesori, Mainan dan Bayi, Rumah, Koleksi dan Koleksi Taman Disney yang ditawarkan dengan harga menakjubkan. Tunggu apa lagi? Anda yang suka membuat koleksi Disney atau ingin menghadiahkan kepada anak dan saudara terdekat hanya perlu ke laman web tersebut. Dijamin asli! - CARI |
22
Bagus |
23
Marah |
19
Terkejut |
21
Sedih |
16
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Find89 replied at 1-8-2019 06:06 PM
Nak tambah credit
ADVERTISEMENT