CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nasib Lelaki Ini Berubah 360 Darjah Kerana Seorang Tukang Gunting Rambut!

9-8-2018 05:29 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 7599| Komen: 27|Original author: Oleh: CSuy

Sumber Foto: Wales Online

Ini adalah Gwilym Pugh yang berasal dari London. 12 tahun dahulu (2006), dia merupakan seorang broker insurans. Ketika itu, dia tidak gembira dengan kualiti kehidupan yang dilaluinya. Siapa sangka nasibnya berubah setelah mendengar nasihat tukang gunting rambutnya!

Memetik INSIDER, Pugh yang merasakan kualiti hidupnya merosot hari demi hari, tekad untuk meningkatkan tahap kesihatannya. Pugh mula mengamalkan diet pemakanan yang lebih sihat, mengira langkahnya dan melakukan senaman 'fasted cardio' setiap pagi. Ini menyebabkan berat badannya mulai turun.

Tapi tunggu, tak habis lagi! Seterusnya, minat kepada musik membuatkan beliau menyertai sebuah kumpulan muzik bersama rakan-rakan.


Menyedari perubahan Pugh yang mula kelihatan, seorang tukang gunting rambut yang sering dikunjungi beliau mengatakan kepadanya bahawa berjambang amat menepati imej seorang pemain gitar

Merasakan bahawa memiliki jambang berwarna perang kemerahan (ginger) merupakan sesuatu yang lucu, Pugh memutuskan untuk mengikut saranan tukang gunting rambut tersebut.

Ternyata, tindakan beliau memberikan hasil yang tidak disangka! Beliau menggunakan Instagram untuk berkongsi proses pertumbuhan jambangnya. Tanpa disangka-sangka, imej berkenaan berjaya menarik perhatian beberapa jurufoto.


Sumber Foto: Instagram Gwilym Pugh

Meskipun pada mulanya berasa kurang selesa, Pugh akhirnya menerima tawaran untuk menjadi seorang model. Kerjayanya bermula dengan kemunculannya dalam buku berjudul “100 Beards” dan “Red Hot”.

Bukan itu sahaja, kemuncaknya Pugh telah didekati oleh sebuah agensi model di London, AMCK ketika sedang membeli-belah. Sejak itu, namanya mula melonjak naik di persada fesyen. 

Pugh mula menerima tugas di atas pentas peragaan. Wajah tampannya pula muncul di majalah fesyen antarabangsa seperti GQ.


Sumber Foto: Instagram Gwilym Pugh

Berbeza sungguh penampilan pemuda ini! Kini, Pugh telah menjadi duta kepada House 999 yang dimiliki oleh David Beckham. Hidupnya berubah gara-gara jambang yang disimpannya itu!


Sumber Foto: Instagram Gwilym Pugh

Untuk mengikuti perkembangan pemuda ini, Pugh boleh didekati melalui akaun Instagram beliau, gwilymcpugh. Beliau juga memiliki laman sesawang profesional sendiri.


Sumber Foto: Instagram Gwilym Pugh


Sumber Foto: Instagram Gwilym Pugh

Kepada pemuda di luar sana, adakah anda pernah mempertimbangkan saranan tukang gunting rambut dengan serius? Siapa tahu, saranannya mungkin boleh mengubah nasib anda pula? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 9-8-2018 05:49 PM
Oi lain gila rupa
Quote Artemesiaa 9-8-2018 05:51 PM
Betul tu ada sesetengah orang nampak lebih menarik kalau mereka berjambang dan ada sesetengahnya pula kurang menarik jika berjambang.  Bentuk muka pun banyak mempengaruhi.
Quote AyaqMeloSuam 9-8-2018 06:15 PM
Fuhhhh... tkesima ioollsss{:love
Quote meisapoya 9-8-2018 06:34 PM
I agak, kalau dia buang jambang yang dia simpan sekarang pon hensem.
Quote umbut 9-8-2018 06:59 PM
Yg rasa diri x hensem, boleh bela jambang.. kasik macho
Quote Orix 9-8-2018 07:11 PM
sebab heols kurus pun ye jugak.... spe2 yg berisi then main gym mmg muka pn kadg2 turut berubah jd lebih hensem
Quote KucingKedai 9-8-2018 07:41 PM
Fuhh berubah habis! Motivated kejap nak workout!
...kejap je la.. huhu
Quote Levespa 9-8-2018 08:02 PM
hidung pun mengecil
Quote sinalegna 9-8-2018 08:18 PM
Wow.. buleh jadi kwn2 sekolah dia pon x kenal
Quote imransulaiman 9-8-2018 08:22 PM
Confirm dah operate... {:thief
Quote aleesyasofia 9-8-2018 08:25 PM
hensem heolss berjambang.. iolss suka tgk lelaki brjambang.. tp bkn semua la.. sbb ada yg tak sesuai.. bila ssuai brjambang nmpk hensem..
Quote nbtech78 9-8-2018 08:32 PM
kena simpan jambang lah ni
Quote asyura_85 9-8-2018 08:38 PM
Brits kot..mmg berjambang la mostly..tp ensem2 lak tu..derang ni jambang tu mmg jaga betul..sv aku..takde la metro sgt aku tgk..tp jambang dia tu kejap kang pattern lain..bulan depan dh ubah pattern..bulan lagi skali dia cukur trus..kenkdg aku yg confuse..sv aku ni org yg sama kee
Quote Foxey 9-8-2018 08:50 PM
Wowww.... Berbeza nya muka dia bila kurus... Hensem lak kami tgk...
Quote anaktoyol 9-8-2018 10:09 PM
cer try tayang bulu jembut pulak....mana tau tuah....kihkihkih
Quote armin 9-8-2018 10:31 PM
Macam mana kening pun boleh jadi makin tebal?
Quote matkpop 9-8-2018 10:33 PM
Dah boleh masuk world beard championship {:hero
Quote EvieWanKenobi 10-8-2018 07:44 AM
hidung terus jadi cantik..
Quote airmineral 10-8-2018 07:56 AM
Kacakkkkk{:hooray

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.075896 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top