Seorang wanita yang tinggal seorang diri dilaporkan digigit seekor ular sawa yang muncul dari lubang mangkuk tandas ketika buang air kecil.
Memetik laporan Thailand World Daily Post, selepas terkena gigit pada bahagian punggung, mangsa bertindak mencapai bahagian leher ular tersebut dan cuba menariknya keluar dari lubang mangkuk tandas itu. Namun, mangsa bukan sahaja gagal berikutan ular tersebut dikatakan terlalu panjang dan berat, malah digigit sehingga berdarah dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Difahamkan, setelah menggeledah seluruh tandas dan tempat tinggal wanita itu, anggota bomba gagal mengesan kelibat ular itu.
Menurut jurucakap bomba, berikutan mangsa tinggal di tingkat satu dalam sebuah apartmen lima tingkat , jadi berkemungkinan ular itu bersembunyi dalam saluran air yang agak susah dikenalpasti kedudukan sebenar haiwan reptilia itu.- CARI |
Burong_Hantuk replied at 7-8-2018 04:33 PM
ular tuh tak mati kah terkena najis tuan rumah ?
arnauld replied at 7-8-2018 04:35 PM
Tersedak jer...dia sempat tutup hidung...
akusukaq replied at 7-8-2018 09:38 PM
ngape tak cepat cari pisau dan kerat je tengok ular tu.
ADVERTISEMENT