CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Fikiran Kotor' Saja Percaya Ada RM230 Juta Dalam Akaun Saya - Zahid

7-8-2018 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1926| Komen: 0

Description: Dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung ketua pembangkang Datuk Seri Zahid Hamidi yang memiliki aset tunai berjumlah RM230 juta adalah tidak benar.
Dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung ketua pembangkang Datuk Seri Zahid Hamidi yang memiliki aset tunai berjumlah RM230 juta adalah tidak benar.

Memetik BH Online, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong di Dewan Rakyat semalam menjelaskan dakwaan itu sebagai tiada bukti.

Ekoran itu, Presiden UMNO berkenaan meyifatkan hanya orang yang berfikiran kotor saja akan percaya beliau memiliki aset bernilai RM230 juta dalam akaun banknya pada 1996.


Kredit foto: BERNAMA

“Saya harap bukan hanya kalangan Ahli Parlimen tetapi juga netizen harus faham tuduhan liar itu perlu ditolak kerana Parlimen sudah menjawab secara bertulis semalam,” katanya.


Walaupun jawapan bertulis itu mendakwa tiada bukti mendapati Zahid memiliki aset RM230 juta, Keong berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetap akan membuat siasatan jika ada maklumat dan bukti.

Tahun lalu, Dr Mahathir mendakwa Zahid pernah menerima wang berkenaan dalam akaunnya pada 1996, namun mengakui beliau tiada bukti kukuh berhubung dakwaannya.


Kredit foto: FB Marina Mahathir

Zahid yang hanya Ahli Parlimen biasa dan Ketua Pemuda UMNO tanpa jawatan dalam pentadbiran kerajaan pada 1996 berkata, beliau ketika itu terbabit dalam pengendalian empat syarikat yang tersenarai dan menjadi pemegang saham minoriti di syarikat berkenaan.

“Saya juga menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat itu dan pengerusi serta pengerusi eksekutif beberapa syarikat lain.

“Sudah tentu aset itu dalam bentuk saham dan saham itu tidak diperoleh secara percuma kerana ia membabitkan pinjaman,” katanya. - CARI
23

Bagus
22

Marah
12

Terkejut
21

Sedih
6

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.051839 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top