Kantin adalah antara tempat yang menjadi tumpuan bagi sebuah sekolah. Kantinlah tempat untuk pelajar-pelajar dan guru-guru makan dan kadang kala kantin juga jadi tempat para pelajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran ataupun kokurikulum.
Jika diingat kembali, kantin setiap sekolah sekali pandang tiada bezanya. Bangunan terbuka yang memuatkan meja dan kerusi panjang untuk murid-murid makan, singki untuk membasuh tangan dan juga sebahagian bangunan tertutup untuk urusan memasak dan juga tempat makan cikgu-cikgu. Tetapi, agak berbeza bagi kantin Sekolah Menengah Pasir Gudang ini. Sekali pandang macam tidak percaya bahawa ianya adalah sebuah kantin sekolah. Seolah-olah kafe ataupun restoran 'high class' yang biasa kita lihat. Bila dah cantik tentu sahaja cabaran seterusnya ialah untuk mengekalkan tahap kebersihan dan deko yang cantik itu bersama-sama. Syabas dan taniah buat pemilik kantin serta warga sekolah ini kerana mampu mempertahankan. Memetik maklum balas seorang bekas pekerja kantin ini, bahawa setelah bertahun kecantikan dan keindahan dekorasi kantin ini masih kekal terplihara. Semoga dengan adanya kantin yang cantik seperti ini membuatkan semua pelajar lebih selesa untuk menjamu selera dan melakukan aktiviti. Dan ianya mungin boleh menjadi penanda aras bagi kantin-kantin sekolah lain di Malaysia ini. - CARI Kredit foto: SMK Pasir Gudang Via Pendidik2u
|
15
Bagus |
22
Marah |
18
Terkejut |
15
Sedih |
26
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT