Kejam! Itulah pandangan orang ramai terhadap tindakan kerajaan membekukan akaun anak Datuk Seri Najib Razak iaitu Puteri Norlisa hingga menyukarkannya membayar kos rawatan kemoterapi akibat kanser.
Rata-rata masyarakat meminta kerajaan supaya mengasingkan dendam politik, sebaliknya mengutamakan nilai perikemanusiaan. Jangan zalim sangat sesama manusia Bagaimanapun, kemarahan sebilangan rakyat Malaysia masih lagi meluap-luap dan tidak dapat melupakan apa yang telah dilakukan bekas Perdana Menteri itu hingga Puteri Norlisa yang namanya jarang didengari turut terkena tempiasnya. Segelintir masyarakat menyifatkan Najib kononnya hanya menagih simpati rakyat untuk membebaskan diri dan keluarganya yang terpalit dengan pelbagai tuduhan. Asyik nak minta simpati saja, cakap pusing-pusing "Dulu sorok anak-anak, bila dah kena dakwa barulah segala mak nenek anak, penyakit semua keluar," sindir netizen.
Sementara itu, ada pihak cuba mengapi-apikan lagi isu berkenaan dengan mendakwa keluarga Najib kini menjadi huru-hara. "Bapa kandung berdepan hukuman penjara, kakak menderita kanser, tapi Nazif boleh pula ke Taiwan berfoya-foya?" selar netizen lagi. Malah, ada yang bertanya di mana saudara-maranya yang lain. Tidak ada yang mahu menghulurkan bantuankah? Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menyindir anak Najib supaya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan saja. Hospital kerajaan kan ada. Boleh jimat "Beritahu pihak hospital, anak bekas PM boleh dapatkan rawatan percuma macam kami," sindirnya. Bagaimanapun, sindiran itu ditepis seorang individu yang mendakwa rawatan di hospital kerajaan juga adalah berbayar. Pun begitu, terdapat beberapa komen melampau hingga mendoakan kematian anaknya itu. Ini sumpahan rakyat, biar dia cepat mati Namun, komen berkenaan dibidas netizen lain yang menyifatkan tindakan mereka sebagai tidak berperikemanusiaan. |
21
Bagus |
23
Marah |
22
Terkejut |
30
Sedih |
28
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT