Lambakan drama bersiri Melayu yang memenuhi televisyen membuatkan penonton mempunyai pelbagai pilihan. Jadi, sesebuah drama perlu unik dan kreatif supaya penonton terus terpaku keasyikkan. Antara idea yang dilakukan ialah membuat drama persis K-Drama dengan pelakon-pelakon comel, cerita menarik serta banyak adegan romantis. Namun, netizen ini menjelaskan terlalu banyak adegan yang terlalu intim hingga mengibaratkan drama ini seperti 'soft porn'. Betul ke? Betul ke seperti yang ditulis? Jom kita tengok. Ya, adegannya mirip K-Drama, dengan pelakon lelaki (Alif Aziz) dan pelakon perempuan (Daiyan Trisya) berada dekat antara satu sama lain. Sangat romantik namun ia tidak relevan dengan industri hiburan Malaysia. Menurut netizen ini lagi, hanya mereka yang terlalu berangan sahaja akan menyukai drama ini. Ia dipersetujui oleh netizen lain yang merasakannya ia adalah produksi sampah. Malahan, ada yang menyamakan drama ini seperti aplikasi Tik Tok. Apa pendapat anda? - CARI
|
Leeanne88 replied at 3-7-2018 11:33 AM
Kalau dah eyra rahman yang jadi director, macam tu la. Sama macam mencintaimu mr photographer tu.
Leeanne88 replied at 3-7-2018 11:33 AM
Kalau dah eyra rahman yang jadi director, macam tu la. Sama macam mencintaimu mr photographer tu.
cicicumel replied at 3-7-2018 01:50 PM
Eyra rahman ni x padan bertudung labuh tapi.....
cicicumel replied at 3-7-2018 01:50 PM
Eyra rahman ni x padan bertudung labuh tapi.....
AshkieLa: kan.. kegersangan ke director tu? perempuan betul kan? ke jejants bernama wanita?mostly arahan dia cakap dekat2 sampai boleh bau nafas mulut gituh..
ayorsuam replied at 3-7-2018 03:15 PM
Hahahaha!! Sebijik cam apa yang aku pk masa dia direct cite fotografer dulu. Seorang wanita yg b ...
ADVERTISEMENT