CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

TV Pecah, Ikan Mati-Datang Bertandang, Tapi Ibu Bapa Tak Awasi Anak Buas

2-7-2018 03:15 PM| Diterbitkan: Cari-Aimi| Dilihat: 13685| Komen: 60|Original author: Oleh: Aimi

Nama pun rumah terbuka, memang ramailah tetamu yang datang. Kadang-kadang tuan rumah sampai tak terlayan. 

Biasanya tetamu yang datang mestilah membawa keluarga bersama dengan anak-anak kecil. 

Tular baru-baru ini adalah perkongsian di Facebook tentang sebuah keluarga yang datang ke rumah terbuka dan anaknya memecahkan televisyen tuan rumah.

Sementara itu di Twitter, tular juga dengan cerita yang lebih kurang sama. 

Tapi kali ini anak kecil yang datang bersama ibu bapanya telah memberi makan berlebihan di kolam ikan tuan rumah sehingga ikannya mati.


Ramai netizen turut berkongsi tentang pengalaman yang sama. Kata mereka ibu bapa sekarang tidak mendidik anak-anak dengan tegas sampai anak buat perangai di rumah orang.


Mungkin ibu bapa sekarang perlu lebih tegas dalam mengajar anak-anak tentang adab berkunjung ke rumah orang. -CARI
8

Bagus
12

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
15

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 2-7-2018 03:18 PM
pagi tadi officemate iols pun bukak cerita, tv plasma maknya jatuh & pecah dilanggar anak-anak tetamu yang datang beraya.

kawan iols tu gigih cerita kat mak dia pasal kisah yang viral mintak ganti balik tv ni, tapi mak dia cakap, takpe la takde rezeki. baiknya hati.
Quote kucingitam 2-7-2018 03:27 PM
mak sheols letak tv tengah2 jalan ke sampai budak boleh langgar tu?
Quote haryatie 2-7-2018 03:27 PM
makaih smpai tv pun hancur berkecai
adoiiii..kalau ank mcam ni jgn la dtg umah aku
serammm...
kalau aku tk seram...takut tetamu tu  yg seram tengok aku naik hantu pulak..
ajar la ank2 adab2 bertamu kat rumah org
x kan x kenal perangai ank masing2
kalau ank da spesis x makan saman, sendiri pun x suka org tegur perangai ank
x usah la merayap ke rumah org
makan2 jerk kat umah sendiri..
nak hancur lebur pun brang2 sendiri..
Quote Themilo 2-7-2018 03:29 PM
kucingitam replied at 2-7-2018 07:27 AM
mak sheols letak tv tengah2 jalan ke sampai budak boleh langgar tu?

suka hati mak heols la nak letak tv atas singki ke, atas dapur ke, bawah meja makan sekali pun. kita yang datang bertandang ni kena la jaga anak-anak. bukannya melantak tak ingat dunia, anak pula bertebaran main polis sentri dalam rumah orang.
Quote kucingitam 2-7-2018 03:40 PM
Themilo replied at 2-7-2018 03:29 PM
suka hati mak heols la nak letak tv atas singki ke, atas dapur ke, bawah meja makan sekali pun. ki ...

kah kah kah..yg uols nak merempan bagi pihak kawan uols ni dah kenapa?

cerita2 tv jatuh tu umpama cerita2 kak Hasanah je bagi aku..

yes, nak highlight mak pak kena jaga anak2.. tapi too fiction la cerita ni..

Quote zulka 2-7-2018 03:43 PM
buat cam aku haaa senang, takyah gi beraya umah org...
so org pun takde nak dtg umah aku...   aman hidup, tiap2 tahun camni, yg dtg mak/ayah mertua sahaja ....hahaha
Quote Themilo 2-7-2018 03:47 PM
kucingitam replied at 2-7-2018 07:40 AM
kah kah kah..yg uols nak merempan bagi pihak kawan uols ni dah kenapa?

cerita2 tv jatuh tu umpa ...

dear, yang jadi ni adalah betul terjadi di rumah kawan meols. takde nak kak hasanahnya pun.
cuma mak heols malas nak mintak duit persis kes yang viral tempoh hari.



Quote mziskandar 2-7-2018 03:57 PM
zulka replied at 2-7-2018 03:43 PM
buat cam aku haaa senang, takyah gi beraya umah org...
so org pun takde nak dtg umah aku...     ...

Haa kan.. random ppl restricted. Yg btul2 rapat je boleh. ank2 mcm ank2 sendiri, x kecik hati kalau kena tegur. Sama2 masak, sama2 makan, sama2 kemas.
Quote EvieWanKenobi 2-7-2018 04:03 PM
susah jugak ye nak buat open-house..

tak ajak karang sentap..
dah ajak perangai macam sakai..
Quote zulka 2-7-2018 04:06 PM
mziskandar replied at 2-7-2018 03:57 PM
Haa kan.. random ppl restricted. Yg btul2 rapat je boleh. ank2 mcm ank2 sendiri, x kecik hati kala ...

yup, btw aku tak halangpun sape2 nk dtg umah, but with appointment sahaja ...yg konon2 nk terjah2 tu no way la, aku ada kat umah pun aku akan cakap takde kat umah..
tak suke terima tetamu kat umah.....



Quote CardiGans85 2-7-2018 04:18 PM
Br lps tlg abg buat open house. Alhamdulillah x de kes..

Kes mcm ni jd sbb parents selalu 'lepaskan' anak2 bila mereka ni buat salah. X tegur anak2. Age 7-13, ms ni klu buat silap,kena tegas. Klu x, ssh nk bentuk blk.
Quote mieymiey 2-7-2018 04:35 PM
Iols berbulu jer dengan bebudak yang takder tamadun datang rumah orang main terjah naik tingkat atas kengkonon nak suruh orang kat atas tu turun, kemudian dengan perangai buruk pergi buka icebox rumah orang sesuka hati.
Quote niena90 2-7-2018 04:44 PM
Makcik I dtg rumah tumpang solat dlm bilik I, habis anak2 dia mengerjakan barang mekap I. Tuptup jwpn yg I dpt lenkali sorok mekap tu kalau kitorg dtg. Lerrrr bilik aku kot, pehal plak aku yg kena sorok segala brg2 aku. Aku monitor kot budak2 tu ligat mengadap meja mekap aku walaupun x menang tgn aku nak pantau 3 org sekaligus. Tapi jgn la jadikan sebab aku tak sorok tu sbg alasan kenapa anak2 kau main. Sendiri didik anak la wei adab dtg ke rumah org. Dont put the blame on others
Quote azimodin 2-7-2018 04:44 PM
anak aku sejenis yang x duduk diam. jadi bapak dia siap2 bawak rotan dalam beg. duduk rumah orang pon limit 15minit je. kalau nak lama sikit kat rumah yang boleh lepak kat luar. nampak anak aku dah lain macam je cepat2 bawak balik. aku mmg x faham betul jenis yang salahkan tuan rumah.  suka hati dia la nak letak tv kat mana, bela ikan besar paus mahupon ternak hamster. kita as tetamu kena la jaga adab.
Quote palmolive 2-7-2018 04:45 PM
zaman dulu, ada sekumpulan budak2 mai beraya umah mak aku.
aku saspek budak kampung sebelah pasal tak nah tgk muka budak2 ni kt kampung aku.
naik ramai2 dia pakat tak diam dalam umah mak aku ni.
ada yg main talipon umah. ada yg duk melilau dlm umah.
kebetulan mak aku baru abis solat zuhur.
beliau tgk kelakuan sumbang budak2 ni terus dijerkah dan dihalau semua.
zaman tu talipon pintar belum dicipta
Quote pu3_krizalid 2-7-2018 05:18 PM
azimodin replied at 2-7-2018 04:44 PM
anak aku sejenis yang x duduk diam. jadi bapak dia siap2 bawak rotan dalam beg. duduk rumah orang po ...

tul...adab bertandang umah org tu yg mak pak kena grade dulu br bwk anak ke rumah org..

tkyah ckp anak org lain...anak haku bila jupe kwn omg lupa diri..so haku cam mata spotlite jegel je..diorg tau takut..
tp cucu2 sedara hb tk mkn saman..haku nyampah kalo dia mai..mak dia kalo mkn ngadap pinggan berejam2..anak
cam sakai lari sana sini..ultraman bagai..haku warning anak haku ngn bdk tu skali..alasan mak..ala bdk2 auntie..
wat the heck..haku warn son behave...ko poyo2 ckp garang2 ni tk bagus tuk perkembangan bdk..ptui...

org suma dh tau anak ko cane..kalo diorg dtg je suma start jd guard..hmm..i rela x pnggl dia dtg umh..


Quote pearl.silver 2-7-2018 05:24 PM
Ikan tu mati sebab terlebih makan ke?
Quote nidzhar 2-7-2018 05:38 PM
he he citer sepupu aku 10 tahun lepas
anak sedara belah lelaki sheols dtg rumah lap tangan dgn mulut lepas makan kat langsir
baik punya berbekas warna warni kat langsir sheols
keluar rumah kasut tumit habis patah
nangis di bucu katil sambil maki dalam hati
Quote ayorsuam 2-7-2018 07:19 PM
Aku selalu tegur/marah anak orang tapi itulah dia nya, aku dipandang serong & kena jeling dengan mak aku balik. Kalau tak bentuk sejak budak2, nak start bila? Takkan tunggu dah ada bulu kot? Bila best time nak tegur? Jangan esok jadi macam anak pakcik aku. Start umur 13 tahun dah melawan tak nak pegi sekolah, 15 tahun dah berenti sekolah. Baru-baru ni time raya, boleh dia lepas basuh tangan, dia kesat tangan kat baju mak dia macam tuala pengelap tu. Kami secara spontan marah dia, dia boleh sengih je. Macam tu ke tunjuk sayang kat mak? Ini baru 1 benda, macam2 dah dia buat kat mak dia. Contoh dalam famili aku akibat tak marah/tegur anak dari kecik.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.059853 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top