Kisah percintaan memang nampak indah teruatamanya di media sosial. Berlumba-lumba pasangan kekasih mahupun yang sudah berkahwin menunjukkan kemesraan mereka. Tambahan pula, jika pasangan itu wajahnya elok sedikit ataupun ‘ada pasaran’. Lagi kerap foto di muat naik! Namun, dalam kebahagiaan yang dikongsikan pada umum, sebenarnya mungkin ada cerita pahit disebaliknya. Seperti kes mahkamah yang dialami pasangan ini. Tobias Coggin memang diakui kacak, tetapi sikapnya yang keterlaluan mengongkong menyebabkan dia didakwa di mahkamah. Coggin pernah mengugut untuk membunuh diri jika kekasihnya tidak menurut kehendaknya dan ketika dia ingin memutuskan hubungan. Malah, ketika gadis itu ingin menyambung pelajaran, Coggin berasa tidak senang hati kerana tidak dapat memerhatikan gerak geri kekasihnya setiap masa hingga Coggin mengugut akan turut sama menyambung pelajaran dan menghadiri hari terbuka kolej itu.
Kisah percintaan mereka pada awalnya seperti pasangan lain yang sering keluar bersama. Namun, setelah beberapa minggu, Cobbin mula menyuruh gadis itu menyekat rakan-rakan lelaki dan perempuannya di media sosial. Kesan daripada itu, gadis berkenaan merasakan dirinya terpinggir dan kesunyian. Selain mengongkong, Cobbin juga tidak membenarkan kekasihnya mandi bersendirian. Dia akan duduk di dalam bilik air sehingga gadis itu selesai mandi. Lebih parah, bukan sahaja tidak dibenarkan menggosok gigi dan mencuci rambut, malah memakai pakaian bersih pun tidak dibenarkan! Selepas siasatan dilakukan, akhirnya mahkamah memutuskan penahanan terhadap Cobbin selama lima bulan di institusi pesalah muda, perintah sekatan selama dua tahun, 30 hari pemulihan dan dikehendaki menghadiri kursus perhubungan. Ini dah jadi kes mental. Baik berkasih dengan anak patung sahaja, boleh dimandikan atau dipakaikan baju cantik-cantik! Tak begitu? - CARI
|
3
Bagus |
1
Marah |
7
Terkejut |
4
Sedih |
14
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shazm85 replied at 27-6-2018 02:18 PM
Pernak couple dulu2 masa zaman muda.. early 20s.. dapat bf psycho macam ni la.. tapi takla sampai ke ...
ADVERTISEMENT