CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib & Keluarga Bercuti Di Langkawi, Bukan Cuba Lari Ke Luar Negara

18-6-2018 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9780| Komen: 79

Terdapat pengguna media sosial mendakwa terserempak bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di lapangan terbang Kuala Lumpur, KLIA malam Sabtu lalu. 


Setelah status yang dinyatakan di Facebook itu tersebar luas, ianya segera menimbulkan kekecohan kerana rata-rata netizen membuat anggapan macam mana bekas Perdana Menteri itu yang telah disenarai hitamkan itu boleh ke luar negara.

Memetik laporan mStar, sebenarnya Datuk Seri Najib bersama keluarganya bertolak ke Pulau Langkawi untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri sambil bercuti.

sumber : Berita Harian

Menurut sumber, ketibaan seisi keluarga bekas Perdana Menteri itu di salah sebuah hotel terkemuka disambut oleh lima pemimpin UMNO.


Antaranya bekas ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Air Panas, Datuk Rawi dan dua orang ADUN yang tidak pasti identiti sebenarnya. 

Memetik laporan Utusan Online, Datuk Ir. Nawawi ketika dihubungi berkata, bekas pemimpin nombor satu negara itu berkunjung ke Pulau Langkawi untuk bercuti.

“Saya bersama kepimpinan UMNO Bahagian Langkawi lain menyambut bekas Perdana Menteri itu sebagai tanda memberikan sokongan moral kepada Najib sekeluarga,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kunjungan tersebut.

sumber : FB Nor Saidi Nanyan

Dalam pada itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan berkata, beliau turut hadir di LTAL sebagai tanda sokongan moral kepada Najib dan keluarganya.

“Tiada sebarang pertemuan tertutup dengan pemimpin UMNO sebaliknya bekas Perdana Menteri itu datang ke sini untuk bercuti,” jelasnya.

Mengikut rekod, ketika Datuk Seri Najib berjawatan Perdana Menteri, dilaporkan beliau sering meraikan sambutan hari raya Aidilfitri sambil bercuti bersama keluarganya di Pulau Langkawi.

Dalam pada itu, salah seorang kakitangan hotel memaklumkan, tiada sesiapa pun mengetahui program seterusnya buat Datuk Seri Najib. - CARI
9

Bagus
9

Marah
3

Terkejut
8

Sedih
22

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 17-6-2018 11:50 PM
Deols nk borong cokelat lah tu
Quote samasam90 17-6-2018 11:53 PM
ne sebut2 langkawi, teringat makcik hajah .. semoga sheolls tak jakun .. btw, kesian cuma ke langkawi jah.. mohon bertabah.. sampai perlu sokongan moral gittuh..
Quote samasam90 17-6-2018 11:54 PM
takde dah gebang beribu menyambut kedatangan kakmah utk sokongan moral.. ne kalau kak mah boleh keluar negara, perlukan moral support juga ka?
Quote dodolgemok 17-6-2018 11:57 PM
Dgar khabarnya bawak bagasi byk, adakah cobaan melarikan diri melalui jalan tongkang sepertimana rakan seperjuangan yg lain yakni musa aman dan jamal jamban?
Quote samasam90 17-6-2018 11:57 PM
harkktuih replied at 17-6-2018 03:50 PM
Deols nk borong cokelat lah tu

nasib baik cokelat daim takde kena mengena dgn tun daim..
Quote sitisitu25 18-6-2018 12:01 AM
passport kne thn ke? or mmg xmampu sgt dah? siyes ar..xkan marhaen smpi cenggitu kot
Quote ladybugz 18-6-2018 12:09 AM
Alahai langkawi ni ade resort yg luxurious. Jgn la rase langkawi ni tempat rakyat marhaen duk kat hotel bajet sambil sewa kereta viva. Confirmla duk kat tempat yg mewah n gi jalan2 gune kenderaan mewah. Suspek jenayah yg paling relax di dunia. Baik bebenor kerajaan skrg.
Quote samasam90 18-6-2018 12:17 AM
sitisitu25 replied at 17-6-2018 04:01 PM
passport kne thn ke? or mmg xmampu sgt dah? siyes ar..xkan marhaen smpi cenggitu kot

mampu jah.. bukannya kena beku akaun pun kan..
Quote ChildrenOfBodom 18-6-2018 12:17 AM
jangan lari ke koh lipe pulak yer jib
Quote samasam90 18-6-2018 12:19 AM
ladybugz replied at 17-6-2018 04:09 PM
Alahai langkawi ni ade resort yg luxurious. Jgn la rase langkawi ni tempat rakyat marhaen duk kat ho ...

tahu jah langkawi ada tempat tu.. tapi tohtap tak rasa langkawi setaraf dgn kak mah.. ..
Quote sitisitu25 18-6-2018 12:19 AM
ChildrenOfBodom replied at 18-6-2018 12:17 AM
jangan lari ke koh lipe pulak yer jib

boleh je lari..kak mah jd pelampung..pokjib tolak smpi lipe
Quote samasam90 18-6-2018 12:20 AM
sitisitu25 replied at 17-6-2018 04:19 PM
boleh je lari..kak mah jd pelampung..pokjib tolak smpi lipe

sampai lipe, pokjib tenggelam ke dasar ala2 jack titanic voley?
Quote sitisitu25 18-6-2018 12:21 AM
samasam90 replied at 18-6-2018 12:17 AM
mampu jah.. bukannya kena beku akaun pun kan..

tu ar..aku pon heran smpi rambut pon da xkembang..bcuti pon ke langkawi je..jauh beza sgt dgn sblm ni..ptt nya klu betul2 kaya without politic, pedehal birkin or duit juta2 kne amik..lifestyle xberubah la diknon..ada jutaan lg kat tmpt lain..sb xkisah kaya or not..duit sntiasa ada..cara derang ni mcm mengiyakan aje tuduhan2 selama ni cuma nmpk kaya sb guna aset kjaan..
Quote Dwdrum 18-6-2018 12:24 AM
Najib bercuti di st regis kah
Quote Dwdrum 18-6-2018 12:28 AM
dodolgemok replied at 17-6-2018 07:57 AM
Dgar khabarnya bawak bagasi byk, adakah cobaan melarikan diri melalui jalan tongkang sepertimana rak ...

U rasa takkan lah rosmah mampu berenang ke ko tarutoa pulau thai yang terdekat di langkawi
Quote samasam90 18-6-2018 12:41 AM
btw, kalau kak mah lari, sheolls bakal jadi buruan polis kah? kalau diburu dan ditangkap, apa hukuman yg akan diberi? i rasa selagi depa stay kat malaysia, selagi tu depa takkan ditangkap.. hmmmmmm
Quote orglama 18-6-2018 12:46 AM
Harap beli cokelat byk2 kat kedai haji ismail
Quote milo_888 18-6-2018 12:48 AM
tgk pada appearance rosmah mmg jelas keadaan dia sekarang amat teruk emotionally and mentally.. dah tak kisah image projection langsung.. grooming ke laut dalam..

Tapi kalau duit dah sangkut pun pasti tokey2 yg melobi project2 zaman dia tolong sponsor bagi kenang jasa.. i help u, u help me konsepnya.. paling koman tok nawi coverkan certain expenses...

Quote totokreturn 18-6-2018 12:52 AM
dodolgemok replied at 17-6-2018 11:57 PM
Dgar khabarnya bawak bagasi byk, adakah cobaan melarikan diri melalui jalan tongkang sepertimana rak ...

Haah... Bawak bagasi sebanyak 30 bijik... Kapal2 persendirian disana banyak dn ada connection dgnnya... Ishkk risau lak penyamun ni larikan diri..

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.045507 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top