CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KJ, Zahid, Kuli & Blogger Rebut Jawatan Presiden UMNO

18-6-2018 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5409| Komen: 34

Description: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengesahkan akan bertanding jawatan presiden Umno, sekali gus bakal menentang Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

sumber : carian internet


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengesahkan akan bertanding jawatan presiden Umno, sekali gus bakal menentang veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan pemangku presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Utusan Online melaporkan, ahli Parlimen Rembau itu menyifatkan keputusannya bertanding jawatan Presiden UMNO adalah bagi memberi lebih pilihan kepada para perwakilan parti sebelum mereka membuat keputusan yang terbaik untuk UMNO.

Menurut Khairy, walaupun tidak mempunyai pengalaman yang luas berbanding calon-calon lain bagi jawatan tersebut, tapi keputusan yang dibuatnya itu juga adalah demi masa hadapan dan survival UMNO.

Terdahulu, Khairy memuat naik kertas pencalonannya di laman Instagram pada petang Ahad.


sumber : carian internet

Khairy memuat naik gambar tersebut berserta kapsyen : "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bismillahirrahmanirrahim."

Posting tersebut disambut baik oleh pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan keputusan beliau itu.


sumber : carian internet

Selain Tengku Razaleigh dan Ahmad Zahid, Khairy berdepan dengan seorang lagi pencabar iaitu ahli perniagaan dan blogger Rahmat Azim Abdul Aziz.- CARI
9

Bagus
28

Marah
11

Terkejut
30

Sedih
25

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 17-6-2018 10:28 PM
Hambikkkkk ko wak Jahid!!

Ehhh hari tu ckp Tun perli dia la ni awat bertanding pulak?
Quote shernazz 17-6-2018 10:31 PM
Senyum senget lagi uols..
Hahahaha
Igtkan pakai pic passport yang muka serius tu
Quote DARSITA 17-6-2018 10:32 PM
So ada tiga team

Ku Li - ramai pemimpin Umngok pantai timor sokong dia

Wak Jahid -  orang orang lama UMNgok pantai barat sokong dia (pak lah, nazri bin Mahathir sokong wak Jahid)

Budak itam - dpt undi dari para pemuda Umngok.


Haaa menang jadi arang kalah jadi abu. Bergasaklah korang .. no money no talk :-)
Quote samasam90 17-6-2018 10:42 PM
jeritan ahli2 umno yakni kau siapa nak suruh pm aku undur/resign/letak jawatan dan yg sewaktu dengannya..
Quote AyaqMeloSuam 17-6-2018 10:56 PM
Speku yg bakal mngondoli tahta x dak ke cuoolllsss?
Quote DARSITA 17-6-2018 11:00 PM
AyaqMeloSuam replied at 17-6-2018 06:56 AM
Speku yg bakal mngondoli tahta x dak ke cuoolllsss?

Aii speku Wak Jahid.

Kalau wak Jahid naik maka sistem $$$$ akan diteruskan dan disukai oleh macai UMNGOK. Ada lagi duit duit yang Najib sorok utk support wak Jahid ni. Najib tak ngam dgn Budak Itam & Ku Li.




Quote Orix 17-6-2018 11:02 PM
Acaner nigga boleh masuk Umno @de_ikea
Quote olaoliolu 17-6-2018 11:07 PM
Tengok macam ramai je nak Kj tapi tulah umno ni ramai je setia kat wakjahid.
Quote AyaqMeloSuam 17-6-2018 11:08 PM
DARSITA replied at 17-6-2018 11:00 PM
Aii speku Wak Jahid.

Kalau wak Jahid naik maka sistem $$$$ akan diteruskan dan disukai oleh mac ...


Aritu nk bff pak jib ni pgi jmpa Tun Det.. apakah petanda yitew?
Quote cmf_jeangrey 17-6-2018 11:13 PM
olaoliolu replied at 17-6-2018 11:07 PM
Tengok macam ramai je nak Kj tapi tulah umno ni ramai je setia kat wakjahid.

Setia yg membawa binasa..kalau tak sedar lagi eloklah masing2 kuburkan diri sendiri
Quote sukacactus 17-6-2018 11:28 PM
Sekadar penonton acara
So kita nantikan perlawanan seterusnya
Quote samasam90 18-6-2018 12:15 AM
DARSITA replied at 17-6-2018 03:00 PM
Aii speku Wak Jahid.

Kalau wak Jahid naik maka sistem $$$$ akan diteruskan dan disukai oleh mac ...

i pun speku mcm tu.. rasanyamasih ramai yg amalkan politik wang walaupun dah kalah..
Quote milo_888 18-6-2018 12:52 AM
samasam90 replied at 18-6-2018 12:15 AM
i pun speku mcm tu.. rasanyamasih ramai yg amalkan politik wang walaupun dah kalah..

jangam xtau.. cash2 dah awal2 lagi dibawak lari merata.. seharusnyalah kan demi survival in case kalah.. dah mmg kalah pun sekarang.. cuma x blh tayang kemewahan la nanti kena interrogate..
Quote Victorioussss 18-6-2018 01:13 AM
Ic tengah 71.
Lahir obersi dapat tarap PR

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2012/08/08/spr-perjelas-pemilih-berdaftar-di-bawah-kod-pengenalan-71/

Pastu hunus keris laungan melayu melayu
Beranak pn obersi melayu pebenda
Quote grouper 18-6-2018 01:15 AM
Aku lebih nak tau sape blogger tu...apa nama famous di alam maya klau famous la...
Quote kucen_miang 18-6-2018 01:18 AM
harap @Syd terusan beri sokongan
Quote onexox97 18-6-2018 01:28 AM
bg la dia menang
Quote OrenTheReturn 18-6-2018 01:50 AM
milo_888 replied at 18-6-2018 12:52 AM
jangam xtau.. cash2 dah awal2 lagi dibawak lari merata.. seharusnyalah kan demi survival in case k ...

Umno ni dulu klu ada pemilihan jawatankuasa tertinggi, bahagian yg nyatakan sokongan tu dgn pihak yg disokong akan buat perjumpaan kat bilik hotel, ketua bahagian yg sokong tu kena junjong qoran atas kepala n sebut sumpah demi allah sokong calon sekian2, lps tu duit sogokan yg dibwk dlm beg james bond bertukar tangan.... dasatt tak dasattt kita bagi parti mcm ni perintah negara sampai 60 thn.
Quote munchkin 18-6-2018 04:04 AM
Ku li lah. Wak dan tam takmolah. Euww

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.058933 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top