Jepun akan mempertimbangkan untuk memberi pinjaman kepada Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menerangkan situasi kewangan negara kepada rakan sejawatnya, Shinzo Abe.
Memetik The Malaysian Insight, Perdana Menteri berkata, pinjaman yang jika diluluskan akan dibuat dalam mata wang yen itu akan dapat membantu pemulihan hutang negara. “Kredit Yen kalau diberi sebagai pinjaman mudah akan tolong kita tangani masalah hutang besar kita. “Kita tidak semestinya langsaikan pinjaman lama tetapi pinjaman murah ini menyumbang kepada pemulihan negara kita,” katanya.
Dalam sidang media sebelum ini, Abe memberi jaminan untuk membantu Malaysia mencapai pertumbuhan lebih pesat selain mempertingkatkan hubungan dua hala demi kemakmuran bersama. Sementara itu, Astro AWANI melaporkan, mereka turut membincangkan mengenai cadangan untuk membina sebuah kampus universiti Jepun di Malaysia. - CARI |
13
Bagus |
5
Marah |
23
Terkejut |
6
Sedih |
14
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT