CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

BN Sarawak Umum Keluar Dari BN Pusat, Kini Dinamakan Gabungan Parti Sarawak

12-6-2018 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8956| Komen: 93|Original author: Modngengade

Description: Empat parti komponen Barisan Nasional di Sarawak hari ini membuat pengumuman melalui satu kenyataan bersama bahawa mereka keluar daripada perikatan gabungan BN Pusat.

sumber : www.bharian.com.my


Empat parti komponen Barisan Nasional di Sarawak hari ini membuat pengumuman melalui satu kenyataan bersama bahawa mereka keluar daripada perikatan gabungan BN Pusat dan akan menubuhkan satu gabungan parti politik tempatan baru iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS).



Memetik laporan The Malaysian Insight, pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan keputusan keluar BN hari ini sebagai "kena pada masanya dan wajar", mengambil kira cabaran semasa dengan harapan, keperluan dan tuntutan masyarakat yang pelbagai di Sarawak, yang merupakan kekuatan negeri itu.


Antara parti terbabit adalah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP).

"Kami akan kekal sebagai kerajaan pembangkang, namun mesra kepada kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan."

Tambah Datuk Patinggi Abang Johari, keputusan pembubaran BN Sarawak selepas 44 tahun bersama BN Pusat adalah demi kepentingan rakyat Sarawak secara keseluruhannya.

"Kami akan melindungi kepentingan semua rakyat Sarawak secara inklusif tanpa mengira saiz komuniti tersebut."

Dalam reaksi segera, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata GPS tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) sebaliknya hanya mengikrarkan sokongan kepada kerajaan di Parlimen.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, BN Sarawak memenangi 19 daripada 31 Parlimen yang dipertandingkan.- CARI
12

Bagus
14

Marah
11

Terkejut
16

Sedih
22

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BateriKOng 12-6-2018 01:12 PM
Lol.

Ape maksud mesra Kerajaan Pusat?

Pembangkang or not pembangkang?
Quote hyie 12-6-2018 01:14 PM
nak keluar, keluar sebelum pru la...
Quote sepiITUindah 12-6-2018 01:16 PM
payah ler UMNO nak berkuasa semula
Quote BateriKOng 12-6-2018 01:17 PM
hyie replied at 12-6-2018 01:14 PM
nak keluar, keluar sebelum pru la...

Sebelum PRU mana boleh. Sakau dulu mana yang patut.

Dah gemok, poket dah penuh, bila kalah cabut laaa..

Byk tu seat parlimen kalah kat DAP kali ni.

Abg jo ni mmg xde karisma compare dgn tok nan.



Quote namirulmukminin 12-6-2018 01:17 PM
Lalang...
Quote harisbee 12-6-2018 01:21 PM
Jenis politik yg x de pendirian gini yg totok ph suka
Quote hzln 12-6-2018 01:24 PM
Terima kasih bang, kerana limpahkan kasih sayang dan harta benda kat ayang selama ni
Tapi oleh sebab abang sudah tiada apa harta kini, ayang sudah putuskan utk tak bersama abang lagi

Quote satrianaga 12-6-2018 01:27 PM
Kalau kita tgk balik, ini cabaran buat kerajaan PH. Mereka bertindak keluar BN tapi tidak menyertai PH. Apa maksudnya ni???

Adakah Sabah dan Sarawak tidak berminat utk bersama dengan Semenanjung??? Nampaknya kepercayaan Sabah dan Sarawak kepada kerajaan pusat tak begitu kuat.
Quote kecimpret 12-6-2018 01:40 PM
sarawak ni org kata kubur lobai2 Pas..kalo tanding konfom hilang deposit



skg ni sarawak dah jd kubur utk BN juga
Quote kosukeconan 12-6-2018 01:40 PM
Abg Jo takut lah tu
salah satu agenda penyucian, kluar dr BN
Quote zulka 12-6-2018 02:13 PM
Tahniah wak
Quote bangcak 12-6-2018 02:27 PM
'kerajaan sarawak' keluar dari bn??
bukan sayap bn ke yg keluar dari induk?
Quote ChildrenOfBodom 12-6-2018 02:30 PM
Najib sayang serawak, najib p serawak setahun 80kali sbb najib sayang serawak sgt2,
Quote Body_language 12-6-2018 02:31 PM
satrianaga replied at 12-6-2018 01:27 PM
Kalau kita tgk balik, ini cabaran buat kerajaan PH. Mereka bertindak keluar BN tapi tidak menyertai  ...

Warisan elok jer ad dlm PH tu.  Tp sayang,  smpi bila2 madey x kan pandang korang bg madey,  tarap korang sama je dgn org pantai timur
Quote Simunggu 12-6-2018 02:35 PM
Edited by Simunggu at 12-6-2018 02:37 PM

sarawak & sabah anytime boleh ikut mana mana parti persekutuan yg memerintah...

sarawak & sabah kena pandang penting masa time BN...apabila BN sudah kurang dpt sokongan di malaya...

kalau sekarang ini PH cakap without warisan mereka masih boleh memerintah...so..ini yg org malaya mau...utk tidak pandang org sabah & sarawak..
Quote kenarikelabu 12-6-2018 02:37 PM
Lalang punya parti
Quote kecimpret 12-6-2018 02:50 PM
Body_language replied at 12-6-2018 02:31 PM
Warisan elok jer ad dlm PH tu.  Tp sayang,  smpi bila2 madey x kan pandang korang bg madey,   ...

celah mana Warisan masuk PH????




Quote ra5101 12-6-2018 02:59 PM
Next PRU15 memang sesuatu yang menarik.

Dr M: Pakatan Govt stronger in Parliament thanks to support from Sarawak and Terengganu


TOKYO: Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad (pic) said Pakatan Harapan now has very strong support in Parliament.

He said this was because the parties that had pulled out from Barisan Nasional in Sarawak had pledged its support for Pakatan.

"They are not members of Pakatan but they have pledged support for us. So now, we have very strong support in Parliament because even Terengganu (which is run by PAS) has said it would support us," he told Malaysian reporters here on Tuesday (June 12).

This comes following the decision by Sarawak Barisan Nasional's component parties to pull out of the former ruling coalition to form a new state-based pact.

Sarawak Chief Minister and PBB president Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg announced the decision after chairing a meeting of the four party leaders on Tuesday (June 12).

"The component parties of Sarawak Barisan, namely PBB, SUPP, PRS and PDP, have made a unanimous decision to leave Barisan and to form a new coalition of Sarawak-based parties, known as Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"The decision was made after much deliberation, reflection and due consideration, taking into account the country's current political developments post-GE14," he said.

Abang Johari said GPS was not joining Pakatan Harapan but would "cooperate and collaborate" with the Federal Government for the national interest and state rights based on the Federal Constitution and the Federation of Malaysia.

Moving forward from GE14, he said, it was "timely and appropriate" for Sarawak to have a new political platform to face the challenges ahead in line with the changing aspirations, needs and demands of Sarawakians.

"Our new coalition will enable us to focus on Sarawak interests and rights based on the Malaysia Agreement," said Abang Johari.
Read more at https://www.thestar.com.my/news/ ... GdxP5q7TZVYtgyrq.99
Quote bangcak 12-6-2018 03:07 PM
Simunggu replied at 12-6-2018 02:35 PM
sarawak & sabah anytime boleh ikut mana mana parti persekutuan yg memerintah...

sarawak & sabah k ...

org sabah sejak dulu mmg sokong ph. tapi terlalu ramai geng suluk pilih bn.

pru kali nih geng2 suluk takdpt mengundi.
akhirnya cita2 rakyat sabah tumbangkan bn jd kenyataan.

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.641514 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top