CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Isteri 'Shopping', Suami Pening - Tapi Inilah Yang Memeriahkan Raya Anda

12-6-2018 02:11 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3826| Komen: 10|Original author: Oleh: Azza



Raya hanya tinggal dua hari saja lagi. Bagaimana dengan persiapan raya? Mesti sudah siap kan? Tetapi ada juga yang seronok 'last minute shopping'. Yang perempuannya memang sakan kerana ia bagaikan terapi tetapi bagi si suami yang terpaksa menurut kehendak isteri, hendak tak hendak ikutkan sahaja demi mahukan semuanya sempurna di pagi raya.

Di Facebook, Fdaus Ahmad sekali lagi menulis kisah suami isteri yang sibuk membuat persiapan raya dan perkongsiannya mencuit hati netizen tetapi kali ini menerusi perbualannya dengan anak lelakinya.


Diikuti dengan status seterusnya berkenaan ragam isteri ketika membuat pilihan antara dua lalu bertanyakan si suami mengenai pilihan tersebut.

Ternyata statusnya mengundang komen-komen dari suami yang masing-masing pernah mengalaminya di bulan Ramadan.


Namun begitu, ada juga komen daripada netizen wanita yang lebih seronok 'shopping' tanpa suami di sisi. 


Rupa-rupanya post Fdaus pada tahun 2016 mengenai kisah suami isteri ini kembali dikongsi oleh netizen di Facebook dan kini mendapat perkongsian sebanyak 41,000. Tulisan ini lebih terperinci mengenai pengorbanan seorang isteri dan ibu demi memastikan raya keluarga mereka sempurna. Untuk membaca tulisan penuh, anda boleh mencari di tanda pagar #ThePowerofRaya.


Sememangnya seorang isteri atau wanita atau ibu mempunyai tanggungjawab yang tidak pernah habis. Golongan ini akan sentiasa berfikir supaya keluarga mereka siap sempurna di pagi raya. Jadi, para suami hargai isteri anda yang walaupun kompleks pemikiran dan tingkah lakunya, mereka jualah yang menyempurnakan raya anda.  - CARI 
3

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 12-6-2018 02:13 PM
So nak kata sweet ke? Aku kalau spouse dah nunggu gitu aku rasa bersalah je. Anyway raya tak shopping baju pun. Recycle je baju apa ada.
Quote Catpaw 12-6-2018 03:02 PM
suhwit lah tuuuuu. Dah lama tak bersesak beli baju raya ni. Beli je mana dan, kalau tak dan pakai je baju yang ade
Quote azimodin 12-6-2018 04:07 PM
Laki aku kalau buat preparation raya, sampai ke malam x sudah. nak beli jeans sepasang pon dah berjam2. Baju aku dengan anak beli online je, tup2 posmen hantar depan pintu
Quote Artemesiaa 12-6-2018 04:12 PM
Sesetengah orang tu bukan tak boleh nak membeli belah awal tapi dah macam habit suka soping last minit macam redha je kalau kena berasak2 beratur panjang bila nak buat pembayaran sebab nak dapatkan mood beraya
Quote ninjago 12-6-2018 04:19 PM
sedap je dia kutuk org pompuan ek.. laki iols pulak terbalik. dia yg semangat nak gi shopping raya,  bini dia buat rilex je sbb apa yg dia nak ada kt hujung jari je klik klik sampai umah
Quote Wakefield 13-6-2018 12:29 AM
munchkin replied at 12-6-2018 02:13 PM
So nak kata sweet ke? Aku kalau spouse dah nunggu gitu aku rasa bersalah je. Anyway raya tak shoppin ...


I pun begitu jua seblum kahwin, pakai baju yang paling baru. Adik beradik semua lelaki, tetiap tahun diorang rotate je baju melayu warna yang ada. Tapi selepas bbrapa tahun kahwin, MIL perasan, terus kena label sebagai zuhud.   Yelah sure dia x sangka, I totally opposite dengan FIL yang kaki melaram semuanya di hari raya.
Quote fliphair8 13-6-2018 04:41 AM
Laki kakak aku sanggup jaga anak 3 orang kat rumah dr pergi ikut shopping....and kakak aku jenis bawak measurement and tape pegi shopping so takde problem salah size....baju dia sendiri beli online....
Quote haryatie 13-6-2018 08:25 AM
tinggal je la suami n anak2 kat rumah lg selesa nak shopping berapa jam
kalau aku rasa bersalah dn x selesa ada org tertunggu tunggu aku..
lg pun kdg2 aku tengok kalau yg bawk ank2 tu dia org mcam penat dn letih jerk menunggu
tk kesiannn ker..
dulu pun aku ada suami kalau nak shopping mmg aku pegi sorang jerk
suami duk rumah jaga anak...
suka hati aku la nak kuar dr pagi ke sampai petang
aku bwak siap2 sample baju anak ..so x perlu bwak ank2 sekali..
lg pun aku x suka kalau nk shopping ank meragam..lg aku stress
baik aku jln sorang2 aman2 jerk..nak kuar masuk kedai mana pun
Quote munchkin 13-6-2018 04:36 PM
Wakefield replied at 13-6-2018 12:29 AM
I pun begitu jua seblum kahwin, pakai baju yang paling baru. Adik beradik semua lelaki, tetiap t ...

Hehehe. Fil i jenis nak bertema tema ni. Kosser sangat.
My family takde tema. My spouse suka cara my family. Bila fil nak bertema my spouse naik angin hahahah
Quote misscendol 25-6-2018 11:26 AM
Biase la si isteri suke menyoping

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.040667 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top