Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalani penstrukturan semula dan akan digantikan dengan nama sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Memetik laporan Harian Metro, hasil penstrukturan semula, APAD tidak akan memiliki kuasa dari segi penguat kuasaan, pengendalian dan pengeluaran lesen kenderaan swasta atau perdagangan. Kesemua perkara itu akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tegasnya, APAD bertaraf jabatan itu akan diketuai Ketua Pengarah untuk merancang pembangunan sektor pengangkutan awam darat khususnya berkaitan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT),Transit Aliran Ringan (LRT), rel dan sistem bas.
"Tujuan penstrukturan semula diadakan adalah untuk mengurangkan kos kementerian dan mengelakkan terdapat pertindihan tugasan antara suruhanjaya dengan jabatan kerajaan seperti sebelum ini." "APAD tidak akan ada jawatan ketua pegawai eksekutif atau pengerusi, setelah penstrukturan semula, kami akan melantik ketua pegawai eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah sebagai ketua pengarah APAD." Bagaimana pun, tambah Anthony Loke, urusan dengan SPAD masih berjalan seperti biasa sehingga Akta SPAD dimansuhkan di Parlimen yang akan bersidang bulan depan.- CARI
|
12
Bagus |
5
Marah |
19
Terkejut |
25
Sedih |
14
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
iloveselangor replied at 6-6-2018 08:03 PM
Kenapa tak bagi nama baru APANTAT terus
mogey replied at 6-6-2018 08:10 PM
bila dah bubar spad baru tau fungsi spad sebenarnya utk perancangan bandar ngan saman syarikat pen ...
AbukRokok replied at 6-6-2018 08:38 PM
Agak2 JASA lepas ni nama apa?
Esscom kt sabah xnak bubar ke?
fiemie replied at 6-6-2018 08:43 PM
Tukar nama
Tukar org
Fungsi sama
Voyagers replied at 6-6-2018 08:16 PM
harap2 kerajaan dpt berjimat dgn petukaran dari huruf S ke A
tobby replied at 6-6-2018 08:46 PM
Brim jadi Basah. SPAD jadi Apad. Malu nak pakai nama asal
iloveselangor replied at 6-6-2018 08:03 PM
Kenapa tak bagi nama baru APANTAT terus
ADVERTISEMENT