CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Sesekali Tukar Selera, Stik Herba Mentega Bawang Putih Siap Untuk Berbuka Puasa

4-6-2018 10:37 AM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 6390| Komen: 11|Original author: Oleh: Diba S.

Stik ini merupakan stik yang paling sedap sekali di dunia. Tak percaya? 

Cubalah sendiri! 

Foto: The Recipe Critic
Tips memasak stik yang sempurna. 

1.Biarkan stik dalam suhu bilik selama 30 minit. Perisakan stik dengan garam dan lada hitam. Letakkan 1 sudu teh minyak dalam kuali di atas api yang tinggi dan tambahkan stik dan masak selama 3 minit atau sehingga coklat.

2.Perlahankan api kepada sederhana rendah. Masak stik mengikut citarasa anda. Rare= 125 darjah, Medium Rare = 135 darjah, Medium = 145 darjah, Medium Well = 150 darjah dan Well Done = 160 darjah. Sentiasa menterbalikkan stik anda untuk hasil yang terbaik. 


3.Sebelum menghidangkan stik, lumur mentega bawang putih beserta herba di atas stik sehingga ia mencair. Ini memberikan sentuhan penamat yang menarik dan menambah rasa yang hebat.


BAHAN-BAHAN
•1 sudu besar minyak zaitun
•1 sudu besar mentega 
•1 paun kentang, dipotong kira-kira ½ inci tebal 
•3 ulas bawang putih, dicincang
•1 sudu teh daun thyme, dipotong 
•1 sudu teh rosemary, dipotong
•1 sudu teh oregano, dipotong
•2 ketul stik New York
•Garam dan lada hitam 

•Sos Mentega Bawang Putih 
•¼ cawan mentega lembut 
•3 ulas bawang putih, dicincang
•1 sudu teh daun thyme, dipotong
•1 sudu teh rosemary, dipotong
•1 sudu teh oregano, dipotong

CARA-CARA
Foto: The Recipe Critic
1.Dalam kuali besi (skillet) di atas api sederhana, tambah minyak zaitun dan mentega, kentang, bawang putih, thyme, rosemary dan oregano. Masak selama kira-kira 3 minit, kacau dan masak lagi 3 minit atau sehingga lembut. Keluarkan dan letakkan di atas pinggan.

2.Panaskan kuali dengan api yang tinggi. Letakkan stik. Masak selama 3 minit kemudian tukar api kepada sederhana tinggi. Masak stik mengikut citarasa anda. 10 minit jika anda mahukan daing “medium well”

3.Sebelum stik masak, buat mentega bawang putih. Campurkan mentega, bawang putih dan herba cincang segar. Lumurkan di atas stik. Tambahkan kentang kembali ke kuali dan panaskan dan biarkan mentega mencair ke dalam stik.

Siap untuk dimasukkan ke dalam mulut! Nyum! -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 4-6-2018 01:04 PM
nampak sedap puasa2 ni..
Quote myakayina 4-6-2018 01:27 PM
terliurnya tengok..senang nak buat..bahan pun tak banyak..klu rajin tambah la sayur sikit..
Quote meisapoya 4-6-2018 02:12 PM
Sedapnya.... lps tu grill asparagus. Heaven {:love
Quote munchkin 4-6-2018 05:40 PM
Ado letak oregano ke? Thyme and rosemary adalah..ngan garlic. Sometimes letak cendawan. Rosak rasa kot letak oregano
Quote munchkin 4-6-2018 05:42 PM
Selalu rosemary and thyme tu still atas tangkai dah masak bawak keluar tankat tangkai tu sekali
Quote Lollipop111 4-6-2018 07:57 PM
tak sanggup nk masukkn dlm perut... trlmpau lemak
Quote duffyduck 9-6-2018 08:31 PM
i tried. tp rsa a bit off. xtau apa x kena. skill saya x kena agaknya haha
Quote sapasapa 14-5-2021 05:38 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Quote sparkly 16-6-2021 04:00 PM
Tq for the recipe
Quote klutzyturtle 8-9-2021 02:46 PM
Perlukan teknik jugak ni. Tq for sharing!
Quote Guli 21-9-2021 12:11 AM
Boleh try masak nanti

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.087008 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top