|
Stik ini merupakan stik yang paling sedap sekali di dunia. Tak percaya?
Cubalah sendiri!
Foto: The Recipe Critic
Tips memasak stik yang sempurna.
1.Biarkan stik dalam suhu bilik selama 30 minit. Perisakan stik dengan garam dan lada hitam. Letakkan 1 sudu teh minyak dalam kuali di atas api yang tinggi dan tambahkan stik dan masak selama 3 minit atau sehingga coklat.
2.Perlahankan api kepada sederhana rendah. Masak stik mengikut citarasa anda. Rare= 125 darjah, Medium Rare = 135 darjah, Medium = 145 darjah, Medium Well = 150 darjah dan Well Done = 160 darjah. Sentiasa menterbalikkan stik anda untuk hasil yang terbaik.
3.Sebelum menghidangkan stik, lumur mentega bawang putih beserta herba di atas stik sehingga ia mencair. Ini memberikan sentuhan penamat yang menarik dan menambah rasa yang hebat.
BAHAN-BAHAN
•1 sudu besar minyak zaitun
•1 sudu besar mentega
•1 paun kentang, dipotong kira-kira ½ inci tebal
•3 ulas bawang putih, dicincang
•1 sudu teh daun thyme, dipotong
•1 sudu teh rosemary, dipotong
•1 sudu teh oregano, dipotong
•2 ketul stik New York
•Garam dan lada hitam
•Sos Mentega Bawang Putih
•¼ cawan mentega lembut
•3 ulas bawang putih, dicincang
•1 sudu teh daun thyme, dipotong
•1 sudu teh rosemary, dipotong
•1 sudu teh oregano, dipotong
CARA-CARA
Foto: The Recipe Critic
1.Dalam kuali besi (skillet) di atas api sederhana, tambah minyak zaitun dan mentega, kentang, bawang putih, thyme, rosemary dan oregano. Masak selama kira-kira 3 minit, kacau dan masak lagi 3 minit atau sehingga lembut. Keluarkan dan letakkan di atas pinggan.
2.Panaskan kuali dengan api yang tinggi. Letakkan stik. Masak selama 3 minit kemudian tukar api kepada sederhana tinggi. Masak stik mengikut citarasa anda. 10 minit jika anda mahukan daing “medium well”
3.Sebelum stik masak, buat mentega bawang putih. Campurkan mentega, bawang putih dan herba cincang segar. Lumurkan di atas stik. Tambahkan kentang kembali ke kuali dan panaskan dan biarkan mentega mencair ke dalam stik.
Siap untuk dimasukkan ke dalam mulut! Nyum! -CARI |
|