CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azrinaz Mazhar Hakim Meluat Tengok Rakyat Ke Luar Negara Tanpa Mengundi

11-5-2018 04:27 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 18020| Komen: 107|Original author: Oleh: Saiful

Belum habis lagi bahang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang berlangsung Rabu lepas. Rakyat Malaysia keluar melaksanakan tanggungjawab mengundi demi negara tercinta.

Namun selebriti Azrinaz Mazhar Hakim baru-baru ini meluahkan kekecewaannya terhadap segelintir rakyat yang memilih untuk pergi ke luar negara tanpa mengundi!



"Meluat melihat segelintir rakyat Malaysia yang memilih keluar dari negara ini pada hari yang sangat penting.

"Saya terkejut, mereka dengan bangganya memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan mereka meluangkan masa tanpa rasa bersalah kerana tidak mengundi,” katanya kepada mStar Online.

Kekecewaannya itu diluahkan di laman Instagram, dengan memuat naik gambar bersama kedua ibu bapanya.



Dia juga mempersoalkan sensitiviti golongan berkenaan yang tidak peka untuk mengundi, dan paling teruk mendaftar undi pun tidak!

"Sungguh memalukan melihat nama anda 'didaftarkan' (masuk) hampir di setiap kelab malam. Memalukan anda boleh berada di London, NY (New York) atau (Las) Vegas menghadiri pertunjukan fesyen dan berpakaian cantik dari atas ke bawah tetapi anda gagal berusaha untuk mengundi.

Foto: IG
"Ia menunjukkan betapa tidak bertanggungjawabnya anda. Untuk itu, anda telah hilang rasa hormat saya,” katanya sambil menambah, malahan ibu bapanya pada usia 70-an sedia beratur di bawah cuaca panas terik untuk mengundi.

"Apa alasan anda?"

Pedas nampaknya teguran Azrinaz! Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya. -CARI
7

Bagus
15

Marah
5

Terkejut
11

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pichee 11-5-2018 04:37 PM
Mcm marion kn
Quote armin 11-5-2018 04:38 PM
Kalau yg kaya2 tu memang meols judge jugak. Kalau marhaen ada yg beli tiket setahun awal dah plan mcm2 tu tak taula, antara sanggup dgn tidak je korbankan duit tu. Tp meols mengundi.

Ada sorang tu sokong bn berdegar2. Rupanya pergi melancong. Haha. Punyala macai bn. Last2 hari mengundi tak balik pun. Bila ph menang, tiba2 terus kata nak cuba sokong yg menang. Siap bagi opinion panjang2 kenapa ph kalah pru sebelum ni, tapi kau mengundi pun tak. Pfft!
Quote pumpkingirl 11-5-2018 04:41 PM
Pergi fashion show ..esok2 letakla gambar trobek sambil merenung klcc berkabung hitam putih
Quote bukan_ustazah 11-5-2018 04:43 PM
Paduuuuu!!
Quote N0v 11-5-2018 04:43 PM
Siapa yang dia sindir ni? macam sindir certain individual jer kan. Jom speku nak?
Quote prettyuglybabe 11-5-2018 04:52 PM
sama mcm hosmet i.. alhamdulilllah cuti bagai.. ko mengundi pun tidak.. memalukan!!!
Quote munchkin 11-5-2018 05:15 PM
Dia pun nak sound straight jelah. Motif sound sambil selit org tu register nama kat kelab malam.

Adik ipar i pun sama pergi perhimpunan bersesak bagai. Melalak lalak kat twitter whatsapp group fb. Register pun tak. Mengundi pun tak. Mil i berbunyik pun tidak tahu tahu pergi mengundi. Fil i pun sama whatsapp fb bising pergi mensyuarat tapi tak undi.
Quote PongKang 11-5-2018 05:16 PM
armin replied at 11-5-2018 04:38 PM
Kalau yg kaya2 tu memang meols judge jugak. Kalau marhaen ada yg beli tiket setahun awal dah plan mc ...

siapa si vavi ni? ss pls..
Quote Orix 11-5-2018 05:17 PM
Keknis kah?
Quote weezerfan 11-5-2018 05:18 PM
Anzalna lah salah seorang yg dok post gi krabi..pandai plak dok diam masa hari mengundi.kalau x setiap incinyg dia buat nk post ig.
Quote weezerfan 11-5-2018 05:20 PM
Mcm ku tau je dia sindir sapa ni?tinE tek boh ler tu.hari ngundi dok berjimba di brunei.tp bila tu menang kemain post sayang tun.podacit!
Quote ira_229 11-5-2018 05:23 PM
armin replied at 11-5-2018 04:38 PM
Kalau yg kaya2 tu memang meols judge jugak. Kalau marhaen ada yg beli tiket setahun awal dah plan mc ...

klu dah daftar tak mengundi tak kena denda ek? nak kena ada undang2 yg dah berdaftar tapi tak undi kena denda..
Quote angel.dust 11-5-2018 05:27 PM
Marion Counter kena bash teruk di photo yg black and white mengadap klcc bersama anak-anak. Ada yg comment dia tak daftar pun sebagai pengundi.
Quote Madel 11-5-2018 05:29 PM
Bodoh siapa yg tak pergi mengundi..
5thun sekali je kot
Abg aku n org2 yg keja Sipore pun siap amik unpaid leave semata2 nak balik mengundi..
Petang hari nak mengundi tu punya la jem kat causeway..semua kaunter boleh pulak system offline..
Bau ikan sungguh.
Rakyat derhaka siapa yg tak pergi mengundi tu patut digugurkan kewarganegaraan.
Quote ashcroft86 11-5-2018 05:31 PM
Klu kt Brasil, mmg wajib citizen utk mngundi, mmg ada law tu. Malaysia should make it as a law. Compulsory to vote! Ada gak my friend kt fb, x daftar ngundi, konon die too good utk ngundi. Academician plak tu. Errghh. Pastu mengomen political jugak, sungguhla x faham.
Quote Ambola 11-5-2018 05:37 PM
Siapakah yg dia perli tu  Acik kaunter kah
Quote arffa 11-5-2018 05:37 PM
Aku la salah seorang tak mengundi. Mak mertua tenat tak gamak nak balik kampung mengundi dan bagi peluang ipar duai yg lain gi ngundi sbb diorang area kl. Hajat nk la pimpin mengucap dan menghadap sampai habis nyawa. tapi esok pagi datang semula mak baru habis nyawa jam 8.40 pagi masa cium tu panas lagi badannya
Quote xAthenax 11-5-2018 05:40 PM
Madel replied at 11-5-2018 05:29 PM
Bodoh siapa yg tak pergi mengundi..
5thun sekali je kot
Abg aku n org2 yg keja Sipore pun siap ami ...

anak kaka drive balik selepas kerja dari kl untuk mengundi
dari kl-terengganu dari 6 petang, sampai rumah 6 pagi
antara toll gombak dan bentong stuck 5 jam
gigih juga balik sebab join #carpoolGE14
cukup bangga tengok theyols sanggup harung tu semua

abang ipar kaka antara yang stuck dekat causeway sebab system down
siap iphong dia kena cakau

Quote jerukkedondong 11-5-2018 05:41 PM
arffa replied at 11-5-2018 05:37 PM
Aku la salah seorang tak mengundi. Mak mertua tenat tak gamak nak balik kampung mengundi dan bagi pe ...

Eh awak...takziah ye...sedih plk I baca..

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.114562 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top