CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Jagalah Hati Orang Tua Yang Masih Sayangkan UMNO, BN" - Netizen

11-5-2018 04:08 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 6862| Komen: 32|Original author: Oleh: Amiey

Description: Tampuk pemerintahan yang bertukar tangan pasti memberi perasaan yang berbeza kepada setiap rakyat Malaysia. Tidak dapat dinafikan Barisan Nasional yang telah memegang kerajaan selama 60 tahun banyak b ...
Tampuk pemerintahan yang bertukar tangan pasti memberi perasaan yang berbeza kepada setiap rakyat Malaysia. Tidak dapat dinafikan Barisan Nasional yang telah memegang kerajaan selama 60 tahun banyak berjasa dalam pembangunan negara.


Namun, tidak dapat tidak, kuasa memilih berada di tangan rakyat yang pastinya mahu yang terbaik untuk negara dan seterusnya berharap agar barisan kepimpinan negara yang baru akan mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih baik lagi. 


Dalam pada kebanyakan rakyat terutama golongan muda bersyukur dengan peralihan kuasa yang berlaku, kita mungkin terlupa bahawa golongan tua adalah yang paling terkesan dengan perubahan ini. 

Mereka lahir dan membesar sehingga meniti usia tua mereka di bawah pemerintahan Barisan Nasional dan Umno dan telah melihat pelbagai perubahan dan pembangunan negara di bawah tampuk kepimpinan Barisan Nasional.


Ekoran ini, beberapa status dilihat dimuat naik di media sosial yang meminta agar anak-anak muda untuk menjaga sensitiviti orang tua mereka kerana golongan ini sangat menyayangi parti yang telah banyak berjasa pada rakyat itu. 

Hati-hati dalam berkata-kata dan jaga perasaan orang tua...

Foto : Fb Sir Azri
Foto: Fb Sir Azri

Semoga ini menjadi 'wake-up call' untuk parti BN dan Umno..

Foto: Fb Sir Azri

Disebabkan seorang, yang lain kena tempias..

Foto: Fb Sir Azri

Apa yang berlaku di negara kita ini menunjukkan betapa rakyat kita terutama sekali golongan muda semakin matang dan serius untuk merubah masa depan negara ke arah yang lebih baik. 

Tidak kira parti mana yang memerintah, apa yang penting adalah siapa yang memerintah dan bagaimana mereka mentadbir negara kita yang tercinta ini. 

Apa pun setiap orang pastinya mempunyai pendapat yang tersendiri yang harus kita hormati. Jangan sesekali membiarkan perbezaan itu menjadi punca perbalahan sesama kita.-CARI
9

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninnakarinna 11-5-2018 04:21 PM
Mak aku takde la sampai sedih sgt..cuma terkezut betul dia.. sampai call aku tanya..kenapa boleh kalah sampai mcm tu?

Huhuhu..

Aku explain kat dia pasal isu 1mdb..tak fhm plak tu..dia suh aku ulang lg..aku ulang la 2 3 kali..nasib baik ko dpt anak cikgu mak..gigih jugak la nak ulang2 explain.
Quote Suchi 11-5-2018 04:36 PM
Edited by Suchi at 11-5-2018 04:37 PM

Mil risau sgt takut felda dihapuskn pulak, harap taklah sampai gitu kn.
Risau dorang nnt rumah ladang semua diambil alih
Nk duk mana.
Quote siputsedut 11-5-2018 04:39 PM
Aku pon kene sound gak ngn akak aku bila cuba explain kenapa bn kalah..katanya mak akubsedih x nak makan..masalhnya aku bkn exolain kt mak aku pon...aku faham kesetiaan mak aku kt umno tu..sbb dia lahir di zaman sebelum merdeka..masalahnya aku nak explain psl skandal2 tu dkt adik beradik n ipar duai ..dah la suka petik sentimen agama n bangsa..
Quote CiliPadiSedap 11-5-2018 04:48 PM
pakcik akak sampai block whatsapp , dia ungkit akak perli dia sebagai saluran orang tua je sokong umno. dah jadi pembangkang pun hati tisu ke???lantaklah orang tua ni masa hari raya kita boleh minta maaf. siapa suruh jentik kaka time kerja
Quote mdhelmi 11-5-2018 04:53 PM
mmg ramai warga emas dlm grp wasap aku masih bersedih dan xbole terima kenyataan
silap haribulan time raya nanti pon masih xok lagi
Quote alieyrina 11-5-2018 05:23 PM
Aku tgk video sorg cina tu buat baru aku paham flow duit 1mdb tu ..
Quote lee_haru 11-5-2018 05:33 PM
Betul...mak sy..makcik2 sy...sume sedih...sy pon sedih...sume org tau susah payah nenek moyang kita dgn umno..tp perjuangan pemimpin2 umno skrng x mcm dulu...harap2 they will learn their lesson..
Quote pumpkingirl 11-5-2018 05:34 PM
Mil aku memang sedihla..dia antara org kuat permata dulu..cucu2 panggil rosmah pun marah..kena hormat,kena panggil datin rosmah..
Quote dubuk 11-5-2018 06:04 PM
pumpkingirl replied at 11-5-2018 05:34 PM
Mil aku memang sedihla..dia antara org kuat permata dulu..cucu2 panggil rosmah pun marah..kena horma ...

kahkahkahkah
Quote AbukRokok 11-5-2018 06:53 PM
iols sejak kul 3 pagi 10/5 dah xbunyi kat grup wassap family.... jaga hati org yang lebih veteran..walaupun ada veteran lain yg berbunyi copy text grup lain.
... no celebration.
Quote dinopower2 11-5-2018 07:23 PM
AbukRokok: iols sejak kul 3 pagi 10/5 dah xbunyi kat grup wassap family.... jaga hati org yang lebih veteran..walaupun ada veteran lain yg berbunyi copy text gru ...


ni pakcik n makcik aku gaduh ngan anak2 die haha... marah die anak2 p sokong PAS....

org2 lama nostalgia depa mmg susah nak lupa.... zaman perang jepun segala... susah payah nak merdeka....  tp bn kalah sbb bijan sorg.... n umno sekarang bkn mcm zaman dulu
Quote meisapoya 11-5-2018 07:39 PM
Dlm situasi keluarga besar i plak, mak nye yg kecoh kepoh celebrate kemenangan ph. Yg anak nye, berkabung x nak ckp psl tu. I hanya mampu tgk dri jauh jah...
Quote oni313 11-5-2018 07:43 PM
mak ayah akak pun sama, sedih, same goes to pokcik mokcik akak,in the same time diorg duk risau nanti cina take over negara, melayu merempat duk tepi gunong,

ikut hati nak je akak explain kt diorg, melayu2 zaman skrg tak mcam zaman diorg dulu, ada je melayu yg hebat dan bagus, dan nak je cakap org melayu dlm umno tu sendiri yg rosakkan org melayu, tp ngenangkan nak jaga hati diorg tu, akak diamkan je.... umno bn bukannya macam dulu lagi dah, totally coruppt dan busuk sampai ke usus perut...

nevermind, mandat dah diberi pd PH, let and see their perfomance, org2 senior yg setia sayang pd umno bn ni takes times sikit utk diorg sedar dari lamunan
Quote ciksom 11-5-2018 10:06 PM
tahun lepas sepupu aku kene marah dgn bapak dia sbb sokong pkr. nanti kalau pkr pegang krj semua org kerja kerajaan kene buang termasuk sepupu aku sbb dia kerani kerajaan. pastu pm nanti cina. agaknya bapaknye dengar ceramah bn la tu. senyap je la org tua tu membebel pasal pejuang kemerdekaan.
Quote sinalegna 12-5-2018 09:08 AM
Nenek aku pon sama paranoid x tentu pasal. Ada ke di katanya abis la imam bilal ni semua kena pecat, masjid kena roboh bagai..

LOL apa hal pulak nak kena kosongkan masjid ingat depa kalah bertanding kena keluar macam najib ke?
Quote onexox97 12-5-2018 10:38 AM
kasihan memang la kasihan
tapi nak ajar seorang yang degil tu satu negara kami taruhkan
rupanya umno dan bn tak sedar lagi
patutnya dah ada apa plan depa nak tarik minat rakyat
tapi mcm nothing happened so tak salah la pilihan rakyat malaysia
Quote Artemesiaa 12-5-2018 10:52 AM
Kena bagi ruang buat relax cool je dulu lama kelamaan pasti mereka akan faham juga puncanya.  Orang kalau masih shock dalam apa2 situasi pun pasti susah nak faham atau terima apa2 yang kita cuba terangkan.  
Quote giyomi 12-5-2018 03:17 PM
Time Tun kena kaw2, kata dia tua blablabla wlpon dia slh sorg pemimpin umno  disegani dunia...takdak lak yg tegur camne ek. Rubbish
Quote cmf_jeangrey 13-5-2018 05:02 AM
Yg lead PH sekrg ni pun ex BN jugak..tun m dan anwar..diorg kan sama2 bina msia satu masa dulu..tak dinafikan org2 kita mmg kuat berpegang pd nostalgia tp kalau gitu x boleh move on la

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.199977 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top