Kurang dari 24 jam sebelum rakyat Malaysia mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), media sosial kecoh dengan beberapa pihak yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kebanyakan dari mereka berada di luar negara dan merupakan pengundi pos. Tidak kurang juga penduduk dalam negara yang layak mengundi tapi masih tidak menerima kertas undi pos. mStar Online melaporkan, kelewatan tersebut menimbulkan persoalan sama ada kertas undi mereka akan diambil kira nanti. Menurut SPR, sampul surat undi pos yang mengandungi kertas undi perlu tiba di pejabat Pegawai Pengurus masing-masing sebelum pukul 5 petang pada 9 Mei, sekali gus bermakna kertas undi yang tiba selepas pukul 6 petang Rabu tidak akan dikira.
Luahan perasaan itu disertakan dengan gambar sambil memegang, ‘Kertas undi saya di mana?’ yang disertai dengan tanda pagar #SPRtipu. Seorang pengguna Twitter menulis, : “Saya mencari mana-mana rakyat Malaysia yang terbang dari Milan ke Kuala Lumpur hari ini atau esok yang boleh bawa pulang kertas undi saya dan serahkan kepada ahli keluarga saya di KLIA.” Seorang lagi menulis, “Saya dapat kertas undi pada Isnin 7 Mei kira-kira pukul 2.30 petang (waktu Timur). Saya buat undi dan dapatkan jiran saya untuk tandatangan di bahagian ‘saksi’, dan saya bergegas ke ***** (syarikat pengangkutan ekspres). Kakitangan beritahu saya kertas undi hanya akan tiba di alamat pada 10 Mei pukul 6 petang." Seorang lagi menulis di Facebook, “Baru telefon khidmat kurier dan saya akan menerima kertas (undi) saya esok (Selasa). Tidak pasti pukul berapa. Ini bermakna satu hari untuk menghantar pulang. Lawaknya. SPR sepatutnya memastikan semua orang berhak untuk mengundi. Tetapi sekarang mereka jelas mensabotaj undi pos." -CARI |
9
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
13
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
akubest replied at 8-5-2018 03:32 PM
yolah nokkk
tempat akak semalam baru dapat..
pakai DHL pon tak kkan sempat sampai esok.
luvemedaa replied at 8-5-2018 03:37 PM
Mcm2 lahh. Iols nervous 1st time ngundi. Awuuuu
CiliPadiSedap replied at 8-5-2018 03:59 PM
duk afrika ke sis? tahniah boleh cikcur selalu kt safari world
akubest replied at 8-5-2018 04:07 PM
aprika kampung sis.
rumah sis biasa la kat Hollywood.
ni tgh ngopi ngan anak2 sis yg ramei ni ka ...
akubest replied at 8-5-2018 08:07 AM
aprika kampung sis.
rumah sis biasa la kat Hollywood.
ni tgh ngopi ngan anak2 sis yg ramei ni ka ...
Modngengade replied at 8-5-2018 05:23 PM
pprt sgt chur di Malibu, akak lebih prefer chur di Venice Beach, sambil usha2 abam sado
akubest replied at 8-5-2018 03:32 PM
yolah nokkk
tempat akak semalam baru dapat..
pakai DHL pon tak kkan sempat sampai esok.
timbang replied at 8-5-2018 04:11 PM
tiap kali pru fitnah yang sama. ni semua geng bershit punya fitnah
ada je benda dorang nak fitnah ...
timbang replied at 8-5-2018 04:14 PM
nampak tak siapa yang demo??
kaum2 kuning tu jugakkk
tobby replied at 8-5-2018 06:51 PM
Dorang yg protest ni tak sedar kot zaman Madey tak wujud pun OVERSEA POSTAL BALLOT. zaman najib ba ...
ADVERTISEMENT