Sekarang ini rakyat Malaysia sedang mengalami demam pilihanraya kerana hanya tinggal 2 hari sahaja lagi netizen bakal membuang undi. Dalam pada masa yang sama, pelbagai cerita dan isu berkaitan politik dibangkitkan untuk menarik perhatian netizen. Yang menyedihkan, video seorang lelaki OKU telah tular dan dijadikan bahan lawak netizen selepas ia dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Dalam video tersebut, lelaki OKU itu ditanya apa yang dia faham tentang undi dan ternyata jawapan yang diberikannya telah mengaibkan dirinya. Seorang pengguna Facebook yang juga adik kepada lelaki OKU tersebut memohon agar netizen berhenti menyebarkan video tentang abangnya itu. Selepas video tersebut tular, abangnya berasa tertekan dan marah dengan individu yang memalukan dirinya. Wanita ini begitu gigih menghantar mesej kepada semua page viral agar video yang telah dikongsi itu dipadamkan. Jadi, dia juga memohon agar semua pengguna media sosial turut memadamkan video itu di media sosial milik masing-masing. Ramai netizen yang bersimpati dengan nasib abang wanita ini yang dipergunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Mereka mencadangkan agar laporan polis dibuat agar video tersebut dapat dihentikan penyebarannya. Seorang netizen mengaku yang dia pernah bekerja ditempat yang sama dengan abang wanita ini. Dia mengesyaki video tersebut dirakam oleh pemandu lori yang menghantar minyak di stesen minyak tempat abangnya bekerja. Wanita ini juga memberitahu yang abangnya tidak dibuang kerja dan masih bekerja di stesen minyak tersebut. Jadi, jika kalian masih menyimpan video tersebut, padamkan dengan segera. Tidak baik membuka aib orang lain lebih-lebih golongan orang kurang upaya. Mereka juga mempunyai hati dan perasaan yang perlu kita jaga. - CARI |
15
Bagus |
14
Marah |
10
Terkejut |
8
Sedih |
12
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT