Setelah sekian lama memendam rasa dan menyimpan rahsia mengenai perkahwinannya dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abd Razak, pelakon Rita Rudaini akhirnya mendedahkan perkara tersebut dalam buku biografi, Kerana Aku Seorang Perempuan.
Buku itu telah dilancarkan bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa pada 1 Mei yang lepas di PWTC, Kuala Lumpur. Pelakon cantik itu juga turut berkongsi mengenai pelancaran buku tersebut di akaun instagram miliknya dengan kapsyen yang berbunyi: "Dengan derita.. Dengan air mata.. Aku ditinggalkan dengan dua cinta.. Dua cinta yang mengubah segalanya.. Dua cinta yang mendamaikan rasa..." Ramai pengikutnya dilaman Instagram yang kagum dengan kekuatan Rita mengharungi segala rintangan dan ranjau dalam kehidupannya berminat untuk mendapatkan naskah istimewa tersebut. Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi pengalaman hidup yang seakan sama dengan apa yang dihadapi oleh Rita yang ditinggalkan bekas suaminya. Namun, dalam pada kata-kata positif yang diterima, terdapat komen daripada seorang individu yang seakan tidak berpuas hati dengan pelancaran buku tersebut. Individu tersebut turut meninggalkan komen yang agak biadap hampir di setiap gambar buku yang dimuat naik oleh Rita. Kata-kata yang biadap dari individu tersebut mendapat reaksi daripada pengikut Rita yang cuba untuk menasihati individu yang dikatakan 'panas bontot' tersebut. Rita bagaimanapun, enggan mengambil kisah mengenai komen daripada individu itu dan meminta individu itu untuk bertenang. Rita dan Aidil telah bercerai dengan talak satu pada 5 September 2013 dan dikurniakan dengan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang kini di bawah jagaan Rita. -CARI |
bukan_ustazah replied at 4-5-2018 11:14 AM
kaut duit selagi boleh rita .. walaupun dengan jaja kisah ex laki. Kasi makan anak, nak harap ex lak ...
watachiwa replied at 4-5-2018 04:10 PM
setuju. dah ex laki pon x nakberape bayar sgt elok lah kutip duit macam ni
blekkep replied at 4-5-2018 05:15 PM
3k sbulan wei edel kasik. kalo rakyat marhein lebey dr cukup kot...elok lar tuh kasik anak2 mkn du ...
fealefea replied at 4-5-2018 05:51 PM
uii, cik bedah, mane tau amaun tu
blekkep replied at 4-5-2018 05:15 PM
3k sbulan wei edel kasik. kalo rakyat marhein lebey dr cukup kot...elok lar tuh kasik anak2 mkn du ...
watachiwa replied at 5-5-2018 01:12 PM
Oo ye ke 3ribu..baguslah kalau bayar. Tapi x payah nak sundalkan orang. Kite tak duduk kat tempat ...
BookerT replied at 4-5-2018 11:46 AM
bahasa sebiji macam mak hayam forumer butthurt perempuan cantik dapat suami...mak hayam tu menjanda ...
kiambang replied at 4-5-2018 03:52 AM
Thread ni dah ada kan .. berapa banyak nak buka daaa
ADVERTISEMENT