CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ada Yang Kena Siber Buli? Selebriti Ini Sebar Kempen Anti Buli Siber

25-4-2018 03:11 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4009| Komen: 5|Original author: Oleh: Azza Rai


Dulu-dulu, buli hanya berlaku dengan sentuhan fizikal serta membabitkan orang yang dikenali sahaja.

Namun siapa sangka dengan teknologi tanpa sempadan ini membuatkan buli menjadi lebih besar dan berleluasa membabitkan internet iaitu buli di alam siber.


Ada yang menghantar mesej berbaur ancaman, mengejek, mencela, mengugut dan mempengaruhi orang lain dianggap seperti tiada apa berbanding buli fizikal. Namun yang dipandang remeh ini lah akan menyebabkan kemurungan sehingga ada yang membunuh diri!

Jadi, beberapa selebriti bekerjasama dalam kempen ‘Spread Truth Not Lies’ untuk menyebarkan kempen anti buli siber. Antara artis terbabit ialah Neelofa, Awal Ashaari, Maya Karin, Joe Flizzow, Nora Danish dan Kavita Sidhu.

Neelofa menggunakan pengikutnya yang ramai untuk sebarkan kempen

Caprice juga antara ikon berwibawa

Ada 5 tip yang boleh dilakukan jika anda atau rakan anda dibuli

1)    Jangan layan
Ya! Mereka hanya mahukan perhatian. Jika orang yang dibuli melatah lalu melawan, pembuli ini semakin menjadi-jadi dan makin ganas. Apa yang anda boleh buat ialah jangan hiraukan mereka. Itu sahaja.

2)    Bertenang
Susah kan kalau diejek atau dicaci di ‘wall’ peribadi, namun nak mempertahankan diri sekalipun belum tentu anda akan menang. Jika nak menjawab boleh, tiada masalah. Tapi pastikan jawapan anda lebih bijak dari mereka.

Namun jika komen yang datang lebih teruk, bertenang, tarik nafas dan ‘block’ sahaja orang itu.

3)    Rekodkan segala tulisan
Sekarang memang zaman screen shot. Jadi jika pembuli mengeluarkan kata-kata yang dasyat, apa kata simpan bukti tersebut. Manalah tahu satu hari nanti anda perlukannya untuk laporan polis.


4)    ‘Block’ si pembuli
Ini yang paling brutal anda boleh lakukan jika yang mereka terus-terusan mengganggu. Paling aman dan tak sakit kepala – ‘block’ sahaja mereka.

5)    Jadilah pelindung

Bagaimana? Sebarkan mesej keamanan, ‘say no to cyber buly’ dan sebagainya. Hantar mesej untuk membantu mangsa buli yang lebih teruk. Biar ramai yang tahu kita perlu bersatu untuk menentang golongan ini.

Mungkin nampak kecil, namun percayalah ada mangsa-mangsa yang tidak berani bersuara kerana orang lain memandang perkara ini remeh. Tetapi jika ramai yang menyuarakan hal sama, maka kita mempunyai kuasa veto untuk menyahkan golongan ini! - CARI 
    
18

Bagus
4

Marah
11

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
37

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 25-4-2018 04:30 PM
jahzouk tak tahan dibuli netizen...
Quote airmineral 25-4-2018 06:46 PM
Kalau org kecam benda betul jangan kata cyberbully plk tau
Quote chicozinn 26-4-2018 02:07 PM
kalu tak tahan dibuli jangan la upah askar untuk membuli..

#donemoodsetajah
Quote Artemesiaa 26-4-2018 02:50 PM
Kalau takut dibuli jangan up status yang boleh mengundang cercaan.  
Quote kroit92 26-4-2018 02:54 PM
teringat research kitorang dulu, amik topik Cyber-bully
5 years ago, cyber-bully ni macam dipandang enteng sangat, macam useless topic je diorang kata. memang la at that time korang kata useless, tengok sekarang, dengan PBB (Persatuan Bawang Bersatu) penuh bash orang kat internet

rasa nak cari je balik muka-muka yang kata useless kat kami dulu tu,
I TOLD YOU SO

padahal kat negara2 lain dah ada kes bunuh diri sebab cyber-bully ni
cancer beb.. pembunuh senyap society

btw, research kitorang tip top, dapat A weh dalam subject yang selalu orang repeat, ngeh ngeh ngeh. (angkat bakul)

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.124857 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top