CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lagi Menu Keju Melimpah - Restoran Cheese Banjir Tawar Durian Dan Milo

25-4-2018 04:55 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4918| Komen: 13|Original author: Oleh: Azza Rai

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai teramat sukakan menu yang dicampur dengan keju/cheese. Apa sahaja hidangan termasuk lauk pauk, pemanis mulut, minuman dan kuih semuanya mesti diletakkan keju sehinggakan banyak restoran yang mengubah suai menu mereka semata-mata mahukan rasa keju!


Jadi, peminat keju di Kuala Lumpur, sila bersedia dengan limpahan keju yang tak agak-agak pun di Restoran Cheese Banjir yang terletak di Desa Pandan dan Taman Permata. Ya! mereka ada 2 cawangan.

Jadi, apa yang menariknya di sana?

Sebagai peneraju pizza tanpa doh pertama di Malaysia, restoran ini berbangga dengan Meatza. Jika anda mahukan rasa daging yang penuh, cuba Meatza iaitu daging diperap 24jam kemudian dicanai menggantikan doh kemudian ditabur keju banjir. Memang penuh perut dengan rasa keju yang melimpah.

Meatza
Menu seterusnya yang boleh dicuba ialah Lamb Grill The Hulk Cheese. Dengar namanya sahaja pun dapat bayangkan betapa banyak keju yang dijadikan ‘topping’.

Selain itu, ada juga menu pasta dan asam pedas bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza-beza. 

Asam pedas pun ada

Paling istimewa pastinya minuman yang menjadi daya tarikan utama iaitu Milo cheese durian.

Tak pelik ke rasanya? Jawapan yang diperoleh, ia adalah tarikan kepada penggemar durian. Digelar minuman hybrid dengan campuran milo kemudian digandingan bersama keju parmesan dan cheddar, barulah atas sekali diletakkan durian kampong. 

Harganya boleh tahan, maklumlah macam-macam diletakkan iaitu RM25 segelas.

Lagi menu keju melimpah - Restoran Cheese Banjir tawarkan campuran durian dan milo

Jadi lokasi penggambaran. Sumber foto: Facebook Cheese Banjir

Anda yang sukakan keju, durian dan makanan barat memang harus mencuba kelainan di restoran ini.

Restoran Cheese Banjir Desa Pandan
Lot G10, G-Village, Kuala Lumpur

Restoran Cheese Banjir UK2790, Jalan Changkat Permata, Kuala Lumpur - CARI 
11

Bagus
22

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
24

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 25-4-2018 05:00 PM
makin obesiti la ummah Malaysia. tapi iols tak berapa suka cheese sebab cepat muak.
Quote CardiGans85 25-4-2018 05:06 PM
Minum milo pun da mgenyangkan..cheese and durian? Kena share bertiga la jwbnya
Quote grizz 25-4-2018 05:14 PM
uuii..cm pelik je rse milo durian cheese..
smue mknn ade cheese ke..
asam pedas pon taruk cheese..serius..
Quote LautBiru52 25-4-2018 05:28 PM
Milo cheese durian. Mau terbelahak lepas minum. Muak kot
Quote shernazz 25-4-2018 05:29 PM
Iols baca pon dh muak..
Adoi la..
Nak bereksperimen pon agak.agak la..huhu
Quote Leeanne88 25-4-2018 06:05 PM
Baca je dah rasa muak. Kalau nak minum, lepas balik keje tau. Dikhuatiri sendawa bau durian satu ofis nanti
Quote chazey 25-4-2018 06:57 PM
Sapa cipta menu bodoh milo cheese durian tu? Korang dah kenape?
Quote chazey 25-4-2018 06:57 PM
grizz replied at 25-4-2018 05:14 PM
uuii..cm pelik je rse milo durian cheese..
smue mknn ade cheese ke..
asam pedas pon taruk cheese.. ...

Asam pedas cheesseeee??? EUW!
Quote pinkypetal 25-4-2018 08:26 PM
Masalah bila terlebih kreatif
Quote RatuDunia94 25-4-2018 10:39 PM
Muaknya air milo tu..
Quote siputsedut 25-4-2018 11:49 PM
Sis rasa sis dah kertu la..skang tgk makanan bercheese2 leleh sis rasa mual..sis suka yg simple je..ikan bakar cicah air asam...kuah asam pedas..kuah singgang...sambal belacan buah bacang...kalau daging tu...sis suka daging bakar yg pinkish2 sket kt tgh dia...tak garing kejung...maybe gigi sis dah mula rapuh kot...amende la korang yg muda2 ni makan semua benda taruk cheese...
Quote amyza 26-4-2018 11:55 AM
Dah pernah pegi makan sana. 1portion dia sesuai utk 2orang. Meatza blom pernah try lagi. Milo cheese durian tak hingin nak try,muakkk lah.
Quote saviour_09 26-4-2018 01:50 PM
sounds yummy
dah mmg trend meleis kot semua benda nak di cheese kan

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.042519 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top