Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menahan sakit lebih dua jam selepas kakinya tersepit dalam lubang tandas. BERNAMA melaporkan, kejadian berlaku pada 12 tengah hari, semalam, di kediamannya di Taman Desa Samoa, di Bentong.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila mangsa tergelincir ketika ingin membuang air kecil menyebabkan kaki kirinya terperosok di dalam lubang tandas hingga paras betis. Pegawai Operasi Balai Bomba Bentong Haznan Basir mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12 tengah hari. "Seramai enam anggota diarah ke kediaman mangsa selepas kami menerima panggilan kecemasan.
“Pihak bomba terpaksa memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit tanpa sebarang kecederaan," katanya. Operasi berakhir pada jam 2 petang dan mangsa berjaya diselamatkan tanpa kecederaan. - CARI
|
ADVERTISEMENT