CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bisikan Syaitan' Suruh Pengasuh Bunuh Dua Kanak-kanak

17-4-2018 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2807| Komen: 15

Seorang pengasuh mendakwa dia terdengar 'bisikan syaitan' mengarahkannya untuk menikam dua kanak-kanak jagaannya hingga menyebabkan kematian, lapor Mirror.



Menurut peguam belanya, Yoselyn Ortega, 55, mengalami gangguan mental (halusinasi) pada 2012 ketika dia menikam Lucia Krim, 6, dan adik lelakinya Leo, 2, berulang kali menggunakan pisau dapur.

Ketika kejadian, Ortega sedang mengasuh mangsa di sebuah apartmen mewah di New York sebelum terdengar bisikan supaya dia "membunuh kanak-kanak berkenaan serta dirinya sendiri".



Bagaimanapun, peguam Valerie Van Leer Greenberg berkata, tertuduh tidak boleh dipersalahkan di atas pembunuhan itu kerana mengalami masalah mental.

Pakar psikiatri yang menjadi saksi pembela memberi keterangan bahawa Ortega secara mental tidak mampu untuk membunuh dan terlalu gila atau psikotik untuk memahami tindakannya.

Pihak pembelaan berpendapat, Ortega telah lama menderita depresi, masalah psikotik dan halusinasi.

Jika Ortega didapati tidak bersalah atas alasan kegilaan atau sakit mental, dia bakal menghabiskan sisa hidupnya dalam unit psikiatri.

Bagaimanapun, saksi mendakwa tertuduh membunuh mangsa kerana berdendam dengan ibu mereka, Marina Krim kerana berang disuruh bekerja lebih dari yang sepatutnya.

Sementara itu, pihak pendakwa menutup hujah mereka pada Isnin dengan mendakwa Ortega bersalah atas dua kesalahan membunuh dan patut dihukum penjara seumur hidup.


Foto: Mirror

Ketika pulang ke rumah pada 25 Oktober 2012, Krim menemui anak-anaknya berlumuran darah di dalam tab mandi, manakala Ortega yang berdiri di sebelah mereka cuba menikam lehernya sendiri. - CARI
10

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Red_mAnc 17-4-2018 05:31 PM
mmg setan...
Quote prettyuglybabe 17-4-2018 05:42 PM
ingatkan melayu islam je ada bisik-bisik ni..
Quote grizz 17-4-2018 05:53 PM
klu terbunuh najib pstu kate ade bisikan..agak2 lepas x..
Quote Minami2013 17-4-2018 06:54 PM
Comel nya la.. kesian jadi mangsa org mental.. mintak dijauhkan drpd keluarga kite
Quote azwanaliori 17-4-2018 07:08 PM
Plot twist family tu nk claim insurance so ugut or kambing hitamkan or pyscho ortega tu smpi jd cmtu.

Iols byk tgok movie.. apapun takziah, such cute kids, innocent tanpa dosa. Moga aman2 di sana.
Quote matamata 17-4-2018 07:12 PM
Pada aku pemikiran yg cukup waras sgt2 susah nak bunuh org especially kanak2.....
Quote Sazida 17-4-2018 07:21 PM
matamata replied at 17-4-2018 07:12 PM
Pada aku pemikiran yg cukup waras sgt2 susah nak bunuh org especially kanak2.....


Tp di india nun rilek jah lepas rogol hentak kepala pakai batu bg mati.
Quote buapakperut 17-4-2018 08:38 PM
kesiannya baby dan budak tu  
Quote LautBiru52 17-4-2018 09:14 PM
Sampainya hati bunuh budak2 comel mcm tu
Quote MissNigga 17-4-2018 09:55 PM
prettyuglybabe replied at 17-4-2018 05:42 PM
ingatkan melayu islam je ada bisik-bisik ni..

kan .. hahaaaa.....
giler isim
Quote Dwdrum 17-4-2018 10:24 PM
Edited by Dwdrum at 17-4-2018 06:27 AM

Parent ambil mudah skip nanny background check
Quote chicozinn 18-4-2018 10:08 AM
grizz replied at 17-4-2018 05:53 PM
klu terbunuh najib pstu kate ade bisikan..agak2 lepas x..

soklan ko nyah, terhibur meollss
Quote mieymiey 18-4-2018 11:53 AM
Siapa sangka orang yang kita ingat normal, rupanya sakit mental
Quote zorrro_03 18-4-2018 12:26 PM
adakah ini pegganas yahudi?   
Quote armin 18-4-2018 01:51 PM
Entah2 saja je cakap diri sendiri mental sbb tak nak kena penjara seumur hidup.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.137753 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top