Semua dah tahu kisah ayam rendang crispy dan bagaimana teruknya hos Master Chef UK Gregg Wallace dan John Tarode dikecam. Kecaman dan kritikan bukan saja datang dari Malaysia tetapi juga Indonesia, Singapura dan Brunei. Bahkan Pesuruhjaya Tinggi UK di Malaysia.
Wallace dan Tarode kini mendakwa telah disalah tafsir. Kata mereka apa yang dimaksudkan ialah kulit ayam tidak cukup masak, daging ayam agak liat. Lantas mengaku perkataan “crispy’ atau rangup tidak patut digunakan. Apapun hakikatnya rendang ayam memang tidak rangup. Ia tidak seharusnya rangup. Chicken rendang is never crispy. Tapi baru baru ni – tepatnya 6 April lalu – the Malay Mail Online melaporkan ada rendang ayam yang rangup. Ia disediakan bekas pengadil Master Chef Malaysia Johari Edrus. “Jom cuba rendang ayam rangup Crispy Jo hari ini. Boleh didapati dalam kuantiti terhad dan seminggu sahaja,” coretnya di Instagram. Johari, dikenali juga sebagai Papa Jo turut menyiarkan foto hidangannya dan video ringkas beliau menyediakan rendang ayam rangup di media sosial. Mungkini sekadar gurauan atau gimmick untuk menarik pelanggan mengunjungi restorannya di Damansara. Waullauhualam. Bukan niat saya mempertikai itu semua. Yang ingin saya sampaikan pada artikel ini ialah sesuatu yang dikatakan oleh seorang teman saya yang kaki makan dan pandai masak. Katanya ayam rendang tidak ngam makan dengan nasi lemak. Saya tidak mahu itu dijadikan polemik. Saya tahu apa yang maksudkannya. I know where he’s coming from. Kawan saya itu tentunya merujuk teradap apa yang dipanggilnya nasi lemak asal. Atau tulen. Atau nasi lemak ori. Maknanya nasi lemak dengan sambal, ikan bilis goreng, telur rebus, timun. Dibungkus dengan daun pisang. Kadang kadang ditambah sambal sotong basah berkacang. Masa saya kecil dulu begitulah nasi lemak yang dijual di merata-rata tempat. (tidak dinafikan sekarang pun ada nasi lemak begini yang dijual). Bagi saya, kawan kawan dan golongan yang seusia dengan kami itulah nasi lemak original. Namun lama kelamaan peniaga menyajikan rendang ayam, daging, paru, limpa, kari ayam pun ada, bergedel, kerang, malah ikan goreng cili dan pelbagai lauk sehinggalah nasi lemak jadi macam nasi campur. “Dah tak macam nasi lemak” kata beberapa kawan saya. Tapi oleh kerana nasi lemak boleh dimakan pagi, petang atau malam, nasi lemak pelbagai lauk mendapat sambutan umum. Adakah ini salah? Tidak. Ini adalah evolusi. Nasi lemak berkembang. Terpulanglah nak makan macam mana. Namun yang penting ciri-ciri originalnya mesti ada. Ikut tradisi seperti yang dibuat nenek moyang kita sejak zaman berzaman. Ingat tak tidak lama dulu Chef Wan begitu marah terhadap MAS kerana menghidangkan nasi lemak dengan sambal dan secebis telur rebus tanpa ikan bilis dan timun? Kata beliau ini amat memalukan negara kerana nasi lemak ialah makanan Malaysia. Oleh itu, nasi lemak mesti ada sambal, ikan bilis goreng, telor rebus, timun atau kangkung. Yang lain optional. Kalau nak add on terpulang selera masing-masing. Teringat zaman muda, menjamu selera di warung tepi Sungai Bunus Kg Baru Kuala Lumpur. Makan nasi lemak original dengan sup daging. Punyalah sedap. Nasi lemak memang kebanggaan kita. Walau ada evolusi tradisi mesti dikekalkan. Oo seperkara lagi.. ayam rendang rangup tak masuk book.
|
16
Bagus |
17
Marah |
14
Terkejut |
29
Sedih |
12
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
disip replied at 12-4-2018 04:43 PM
mane ade nenek moyang orang asli semnanjung makan rendang nasi lemak bagai @pyropura
sabar_sabariah: nasi lemak dgn sambal parutak pun sambal kerangtakpun sambal udangbusuk2 pun telur mata yg cair kuning diakacang ngan ikan bilis wajib ada yekalau tak ...
pyropura replied at 12-4-2018 06:26 PM
Mana kau tau depa tak buat nasik lemak?
pyropura replied at 12-4-2018 06:28 PM
Cemana depa buleh makan nasik lemak dgn rendang yer?
disip replied at 12-4-2018 06:53 PM
tau sungguh budaye pun primitif sangat , peninggalan tamadun macam indon pun tak punye
pyropura replied at 12-4-2018 07:31 PM
Nasik, kelapa semua ada di Msia, so takde masalah nek moyang org asli buat nasik lemak... ngong
ADVERTISEMENT