Zaman remaja adalah waktu untuk mereka membina jati diri. Bagaimanapun, kita kerap kali mendengar tentang salah laku golongan remaja. Tidak dinafikan, ramai remaja yang suka mencari keseronokan sendiri tetapi perlulah dipantau oleh ibu bapa agar apa yang dilakukan itu tidak mengundang bahaya.
Baru-baru ini tular di media sosial tentang gambar seorang remaja yang cedera parah pada bahagian muka termasuk mulut dan lidahnya kerana terjatuh ketika sedang menunggang basikal lajak. Gambar dan cerita ini dikongsi oleh ramai pengguna Facebook termasuklah wanita bernama Aleesya Sofiyya. Dia berharap cerita itu dapat dijadikan pengajaran kepada remaja itu sendiri serta remaja lain yang terlibat dengan aktiviti lajak basikal. Remaja ini dikatakan mengalami kecacatan kekal pada pertuturannya dan parut pada muka. Kesian melihat keadaan wajah remaja ini yang cedera teruk pada wajah, tetapi apakan daya, salah sendiri. Hendak makan pun tidak boleh, hanya dapat minum susu sahaja untuk mengisi perut. Ramai netizen yang berharap remaja ini insaf dan tidak akan mengulangi bermain basikal lajak. Inilah pengajaran akibat kedegilannya. Netizen juga mendoakan agar dia cepat sembuh. Netizen turut menyalahkan sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang aktiviti anak-anak mereka. Walaupun ramai yang tahu tentang bahaya aktiviti lajak basikal, tetapi mereka seolah-olah tidak bertegas malah membiarkan saja dan ada yang memberikan wang untuk anak-anak mereka mengubah suai basikal mereka. Oleh itu, ibu bapa yang ada anak-anak yang memiliki basikal lajak, ambil tindakan dengan hapuskan basikal lajak yang tiada ciri-ciri keselamatan itu. Ubahlah kembali menjadi basikal biasa yang lebih selamat untuk ditunggangi. Didiklah anak-anak sebaiknya dan halang mereka daripada melakukan perkara bahaya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. -CARI |
13
Bagus |
27
Marah |
15
Terkejut |
18
Sedih |
20
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 12-4-2018 01:23 PM
muka parut baru nampak badboy nak pikat pompuan ye dak??
dah baik nanti sambung melajak ye..
CiliPadiSedap replied at 12-4-2018 01:27 PM
doa baik2 lah sis
ADVERTISEMENT