CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Hairi (Anak Wayang) Nikah Bakal Guru Tahun Depan

27-8-2013 05:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14314| Komen: 62




Hairie bersama tunangnya, Fara Afiza.


PETALING JAYA: Pelakon Hairi (Anak Wayang) bakal melangsungkan perkahwinan dengan bakal guru pada awal tahun hadapan selepas kedua-dua pihak mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu.

Hairi yang juga juara Anak Wayang terbitan RTM musim pertama itu telah bertunang dengan Fara Afiza Azman, 23, iaitu anak kepada Editor Majalah Kuntum, terbitan Star Publications (M) Berhad, Asma Saad.

"Majlis berlangsung secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Bagan Lalang dan kedua-dua keluarga merancang untuk majlis pernikahan diadakan selepas Fara tamat belajar mungkin pada awal tahun depan.

"Namun buat masa ini belum ada tarikh yang ditetapkan lagi," katanya kepada mStar Online.

Tambah Hairi, tunangnya masih belajar di Institusi Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, Kedah dalam tahun terakhir.

"Sekarang kami bercinta jarak jauh kerana dia masih lagi belajar di Kedah.

"Saya pula sibuk dengan kerja, jika ada kelapangan dan dia pulang ke Kuala Lumpur barulah ada kesempatan untuk kami keluar," katanya.

Sementara itu, Hairi mengakui terpikat dengan sifat sabar wanita tersebut dalam segala hal.

"Dia seorang yang lemah lembut dan sentiasa sejukkan saya apabila saya marah. Dia ambil pendekatan seperti saya seorang pelajar sekolah.

"Dia banyak mengajar saya agar lebih bersabar dan tidak terlalu mengikutkan kata hati," ujarnya.




1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mitnick 21-8-2013 09:03 PM
anak wayang terbitan rtm? rasenye dlu tgk dlm astro
Quote AprilNing 21-8-2013 09:15 PM
wahhhhhhhh..ayah ustaz dah
nak kawennnnnnnnn ke






frusttttttttttt lagi la oranggggggggg
Quote nicrye 21-8-2013 09:17 PM
sgt best dia ni berlakon...
konfem produk astro la...
sekali ngan si amar tu kan..
produk rtm tu mcm si iqbal jjcm
Quote Aneem 21-8-2013 09:45 PM
Produk rosyam nor ni..
Quote farah_fanz 21-8-2013 09:51 PM
anak wayang terbitan astro lah, apasal plak RTM, yg rtm tue rosyam noor punya ntah apa nama dier...
Quote anis01 21-8-2013 09:53 PM
mamat ni hensem gak ada aura
Quote miszaimi 21-8-2013 09:55 PM
mcm suami lisdawati pon ade
Quote hambaallah1709 21-8-2013 10:07 PM
selamat berposting ke sabah sarawak dik...
pastu
selamat meroyan mintak pindah balik semenanjung tak dapat2 walau da nikah kawen...

Quote hyie 21-8-2013 10:27 PM
motif RTM?! Rancangan Astro la hanj-eng

baideway ni hairi safwan kan?
Quote awoks 21-8-2013 10:38 PM
iols layan dulu anak wayang
sebab time tuh tengah tak buat ape kat rumah

memasing finalis iols igt..amar tuh..hairi nih..diyana..patu duda yang mengalami masalah keguguran rambot serta putih2 tuh ape tah nama dier afzan rasenye

gigihhh iols listkan
Quote seeriesagain 21-8-2013 10:50 PM
hambaallah1709 posted on 21-8-2013 10:07 PM
selamat berposting ke sabah sarawak dik...
pastu
selamat meroyan mintak pindah balik semenanjung t ...

aku baru nak speku dia nak kawen untuk elak posting sabah sarawak... mmg if dah kawen still akan dihantar posting kat sana ker??
Quote mrs.uzair 21-8-2013 11:17 PM
AprilNing posted on 21-8-2013 09:15 PM
wahhhhhhhh..ayah ustaz dah
nak kawennnnnnnnn ke


Same lah dulu admire sgt dgn dia nih time cerita yg dia berlakon dgn Yatt... Nanes iols ayah setad nk kawin dah
Quote somaki 22-8-2013 01:25 AM
dia ni asyik belakon watak yg gila jahat. paling yg aku ingt skali dia belakon cite amira yg ada rita rudaini tu. psiko gila ditambah pulak dgn adanya zarina zainorin yg memang psiko tahap petala ke 7. watak dia dalam cite tu nama farouk n sampai sekarang aku pggl dia farouk. walaupun dia belakon watak baik tp still nampak air muka jahat.
Quote somaki 22-8-2013 01:25 AM
farah_fanz posted on 21-8-2013 09:51 PM
anak wayang terbitan astro lah, apasal plak RTM, yg rtm tue rosyam noor punya ntah apa nama dier...: ...

yg tu pilih kasih nokss
Quote tepisket.. 22-8-2013 02:02 AM
ala., cweet nye.. mak editor majalh kuntum, anak cikgu skolah..
cm kawen ngn adik2 je..
pape, slmt brbhagia hairi safwan!
Quote fida75 22-8-2013 08:20 AM
aku suka dia nie berlakon dlm Geng Kampung Pisang... lawak abis...

stylo sungguh dressing dia dlm drama tu..
Quote cikatilia 22-8-2013 08:31 AM
oo mamat ni aku kenal.. hairi rupanya nama dia
not bad. berlakon bagus.
Quote Craver 22-8-2013 08:43 AM
Adakah gambar tunangnye itu gambar time diorg bertunang? Awat siap berinai bagai? Ke gambar saje2 ambil...
Quote reenz013 22-8-2013 08:45 AM
tahniah...lakonan dia ok gak

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.043674 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top