View: 32475|Reply: 6
|
Fairuz Selamat dituduh liar dan menghidap HIV
[Copy link]
|
|
Gara-gara keluar daripada kumpulan Q-Face, penyanyi Fairuz Selamat pernah dituduh liar dan menghidap HIV.
Menurut Fairuz atau nama lengkapnya Mohd Fairuz Selamat, 40, perkara itu terjadi lebih 20 tahun lalu dan tidak pernah didedahkan kepada sesiapa.
“Itu antara detik terendah dalam hidup saya. Bayangkan, saya baru berusia 16 tahun ketika itu. Ada pihak tulis surat layang kepada wartawan menuduh saya ada penyakit HIV, minum arak dan berkelakuan liar.
Berita itu tidak disiarkan tetapi wartawan tersebut memaklumkan abang saya tentang surat layang tersebut.
“Saya memang ‘down’ sewaktu perkara tersebut berlaku. Saya masih mentah dan tak tahu macam mana nak berhadapan dengan fitnah sebesar itu. Lebih membuatkan saya sedih apabila ada orang dalam industri memerli saya kalau terjumpa,” katanya kepada Kosmo! Online.
Tambah peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) itu lagi, disebabkan kejadian hitam itu dia nekad meninggalkan bidang nyanyian dan menyambung pengajian.
“Tetapi kini saya lebih matang dan sudah tahu bagaimana nak kawal situasi sekiranya diftnah lagi.
“Alhamdulillah, apabila kembali aktif dengan menyertai GV11 tiada lagi fitnah yang berat dan mengaibkan.
“Malah, sokongan yang saya terima sekarang lebih baik daripada apa yang pernah saya kecapi sewaktu menjadi penyanyi 24 tahun lalu,” ujarnya.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Wow. Even 20 tahun yang lalu pun dh ada org tuduh hg ada HIV. Kenapa org nak kaitkan dia dgn tuduhan begitu? HIV bukan mcm dulu, sb dari pengkongsian jarum, skrg byk kpd homoseks. Hmmm. |
|
|
|
|
|
|
|
gaya heols dah mcm acik gomen plak. maybe sbb berbaju batik tu kot. |
|
|
|
|
|
|
|
memang pegawai gomen pun brader ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
Perus gomen ni dari zaman band remaja tu tak nampak muka budak nakal pun, band antz/q-face ni antara yg belajar pandai masuk UM. Peruz ni pun asasi UM kan so nerd je nampak. Berbanding newboys, boboi or kristal band dia ni ada gak yg masuk universiti. So iols pun tak caya gosip tu. Tengok heshe skg pun skema jah ceri buat lawak pun lampi
Memang standard penjawat awam |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni umo berapa sebenarnya? Kejap 38.Kejap 40. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok ler sambung belajor masuk U
Takyah la dah tua2 nak pjj kat UUM mcm retis lain tu
Bapak aahh lama nak abis 5 tahun
|
|
|
|
|
|
|
| |
|